Wellcome To Kg. Paris Kinabatangan Sabah Malaysia. Hope Enjoy Your Stay Here, "Sabah Land Below The Wind"

Khamis, 30 Disember 2010

Harimau Malaysia Muncul Juara Piala Suzuki 2010

Akhirnya setelah 14 tahun menanti, peristiwa bersejarah dilakar di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Harimau Malaysia muncul buat pertama kalinya Juara Piala Suzuki AFF 2010 setelah menewaskan Burung Garuda Indonesia dengan kelebihan agregat 4-2.



Pada perlawanan malam ini, Malaysia memperoleh gol pertama melalui Safee Salli pada saingan separuh masa pertama. Indonesia berjaya mendapat satu gol hasil sumbangan Mohammad Nasuha dan gol sendiri pemain Malaysia, Mohamad Muslim Ahmad. Paling menarik malam ini, sepakan penalti Firman Utina berjaya dihentikan oleh penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Penjaga Gol Skuad Harimau Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat

Corak permainan bertahan dan sesekali menyerang telah membuahkan hasil yang lumayan kepada skuad Harimau Malaysia. Tahniah buat pemain paling cemerlang iaitu penjaga gol, Khairul Fahmi yang telah berjaya menangkis berapa serangan merbahaya dari skuad Burung Garuda Indonesia.



Kapten Malaysia, Safiq Rahim (kanan) bersama rakan sepasukan menjulang Piala Suzuki AFF 2010 selepas berjaya mengalahkan Indonesia pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, sebentar tadi.


Penjaring terbanyak, Safee Salli dengan 5 gol sepanjang aksi Piala Suzuki AFF 2010

Selasa, 28 Disember 2010

Apa Sebab Indonesia Kalah Di Bukit Jalil?

JAKARTA - Jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Alfred Riedl mengkritik media tempatan negara itu yang disifatkannya telah 'merosakkan mental' pemain-pemain bimbingannya.

Apa yang dikesalkan oleh jurulatih yang berasal dari Austria itu juga ialah pemain-pemain pasukan kebangsaan itu serta ahli keluarga mereka diberi sanjungan yang melampau sehingga ke peringkat 'mabuk pujian'.

Riedl menegaskan, beliau hairan kenapa media massa di Indonesia memberikan publisiti yang melampau kepada pemain-pemain bimbingannya. Pada masa yang sama, Riedl mempersoalkan kenapa Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menganjurkan aktiviti-aktiviti yang tidak memberi sebarang kepentingan kepada pasukan kebangsaan negara itu.

"Media terlalu banyak meminta wawancara dengan pasukan ini. Bahkan, sejak kebelakangan ini, aktiviti yang dianjurkan oleh PSSI juga mengganggu kami. Banyak kegiatan yang berlebihan dan tidak perlu. Mungkin habis (kekalahan) ini, anda (media massa) baru akan kembali memijak bumi," katanya penuh tegas seperti yang dilaporkan akhbar Warta Kota, semalam.

Laporan yang diberikan oleh media massa negara ini khususnya beberapa hari menjelang perlawanan akhir pertama di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, kelmarin amat luar biasa.
Ada beberapa saluran televisyen yang menyiarkan laporan yang begitu mengagung-agungkan pasukan kebangsaan itu selain memandang remeh pasukan lawan.

Selain Warga Kota, akhbar-akhbar utama lain turut memberikan liputan meluas terhadap kegagalan pasukan bola sepak Indonesia pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 kepada pasukan Malaysia.



Seperti yang dijangka, isu pancaran laser oleh penonton ke arah pemain bola sepak Indonesia terus diperdebatkan di dada-dada akhbar sebagai menterjemahkan rasa kecewa mereka terhadap kegagalan yang tidak pernah dimimpikan oleh negara itu.

Akhbar Jakarta Globe dalam laporannya berkata, kegagalan Garuda di tangan Harimau Malaya saling tidak ubah seperti sebuah mimpi buruk bagi negara itu.

Kejayaan pasukan Malaysia juga katanya, meninggalkan tekanan yang bukan kecil kepada pasukan di bawah bimbingan Riedl itu.

Apa lagi dengan persoalan apakah final kedua kejohanan itu akan berlangsung di Stadium Bung Karno di sini pada 29 Disember ini yang terus menjadi tanda tanya akibat rusuhan dan kerosakan prasarana stadium itu juga akan memberi kesan lapor akhbar itu lagi.

Bagi akhbar Kompas dalam laporan muka depannya pula, pasukan Indonesia harus belajar untuk memberi persaingan yang lebih sengit kepada pasukan Malaysia pada pertandingan Rabu ini.

"Kegagalan pada peringkat final pertama semalam harus menjadi pengajaran paling berguna buat pasukan itu untuk melakukan langkah yang lebih signifikan," kata akhbar itu lagi.

Pada masa yang sama, akhbar Kompas melaporkan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono menggesa pasukan Garuda serta para penyokong bola sepak agar jangan sama sekali menyalahkan team lawan hanya kerana kegagalan itu.

Susilo kata akhbar itu, meminta rakyat Indonesia tidak berkecil hati dan tetap menyokong pasukan nasional dengan semangat kesukanan yang tinggi.

"Tidak perlu kecil hati, jangan salah-menyalahkan, pastinya timnas (team nasional) kita juga ingin membuat yang terbaik," kata Presiden negara yang dipetik dari akhbar arus perdana itu.

Ahad, 26 Disember 2010

Piala Suzuki AFF: Harimau Malaysia Merobek Burung Garuda Indonesia

Akhirnya skuad Harimau Malaysia berjaya membalas dendam kekalahan mereka kepada skuad Burung Garuda Indonesia.

Harimau Malaysia menang selesa 3 - 0 ke atas Burung Garuda Indonesia pada final pertama Piala Suzuki AFF, di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.



Perlawanan agak seimbang pada separuh masa pertama tetapi beberapa peluang Malaysia untuk mendahului tidak dapat disempurnakan.

Masuk separuh masa kedua, Malaysia menggandakan asakan dan pada minit ke-50 pengadil terpaksa menangguhkan perlawanan hampir 10 minit berikutan tindakan penonton memancarkan cahaya laser ke arah pemain.

Jaringan dua gol oleh Safi Salli pada minit ke-60 dan ke-72, manakala Asaari Shamsuddin menyumbang satu lagi gol telah meranapkan kegagahan Burung Garuda Indonesia.

Skuad Harimau Malaysia akan bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta Rabu ini untuk final kedua. Dengan kelebihan 3 gol, ini memberi peluang besar untuk Skuad Harimau Malaysia merangkul Piala AFF buat pertama kali.

Injiilu Matay: Awas Bukan Ayat Al-Quran

Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR. Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay ".



Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada di dalam e-mail ini. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah. Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidikilah isinya, juga tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah. Sekali pandang macam ayat/kalimah
Al-Quran, sebenar ayat Bible.




Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan gantung dirumah kita.

Sabtu, 18 Disember 2010

Jawatankuasa Fatwa: Tolak Bukan Islam Jadi Peguam Syarie

MELAKA 17 Dis. – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam hari ini membuat keputusan menolak sebarang pelantikan individu bukan Islam sebagai peguam syarie.

Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan sebulat suara itu diambil dengan mengambil kira beberapa perkara utama yang tidak melayakkan individu bukan Islam untuk menjadi peguam syarie di Mahkamah Syariah.

Menurutnya, dari segi teknikal, jika peguam bukan Islam sewaktu perbicaraan melakukan kesalahan menghina mahkamah, dia tidak boleh diadili dan dibicarakan di Mahkamah Syariah.

‘‘Kita tidak boleh bicara peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah kerana mahkamah ini khusus untuk orang Islam,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan muzakarah kali ke-92 itu di sini hari ini.

Majlis bermula Rabu lalu dan berakhir hari ini itu dihadiri kira-kira 22 ahli jawatankuasa fatwa kebangsaan terdiri daripada mufti negeri.

Abdul Shukor berkata, seseorang yang mahu menjadi peguam syarie perlu berkemampuan untuk mengetahui syariat-syariat Islam.

‘‘Lebih penting lagi, ia berkaitan dengan roh keyakinan diri untuk membela orang Islam di Mahkamah Syariah kerana perlu memahami dan menghayati konsep akidah, tauhid dan rukun Islam.

‘‘Seseorang peguam syarie juga perlu mengetahui syariat-syariat Islam kerana perbicaraan melibatkan hujah-hujah syariah dan al-Quran,’’ katanya.

Menurut beliau, jawatankuasa itu berpendapat individu bukan Islam tidak bersedia untuk semua perkara tersebut justeru keputusan untuk menolak sebarang pelantikan mereka sebagai peguam syarie adalah wajar.

Berkenaan suntikan pelalian virus papilloma manusia (HPV) bagi mencegah penularan kanser serviks, Abdul Shukor berkata, jawatankuasa menggalakkan pengambilan pelalian itu kepada golongan wanita Islam terutama bagi kanak-kanak perempuan.

Katanya, keputusan itu diambil setelah mendapat penjelasan daripada Kementerian Kesihatan dari segi kandungan pelalian tersebut yang tidak menimbulkan sebarang masalah atau meragukan.


Sumber Dipetik Dari: pengarang@utusan.com.my

Khamis, 16 Disember 2010

Piala Suzuki AFF: Malaysia Kalahkan Vietnam 2-0

KUALA LUMPUR 15 Dis – Penyerang, Mohd. Safee Mohd. Sali muncul wira selepas menjaringkan kedua-dua gol ketika skuad negara menundukkan Vietnam 2-0 pada perlawanan separuh akhir pusingan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam ini.






Gol-gol tersebut dijaringkan pada babak kedua perlawanan, sekali gus mencerahkan peluang anak buah K. Rajagobal untuk melangkah ke peringakt akhir kejohanan tersebut.



Malaysia dan Vietnam akan bertemu lagi pada separuh akhir kedua yang akan dilangsungkan di Hanoi, Sabtu ini. - Utusan

Selasa, 14 Disember 2010

Anwar Ibrahim: Layakkah Jadi Ketua Pembangkang?


Pendedahan WikiLeaks berhubung aksi liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim amat serius kerana salah laku Ketua Pembangkang itu dibincangkan pada peringkat antarabangsa yang sekali gus boleh menjejaskan imej negara.

Jika dakwaan itu benar, Anwar tidak sesuai dipilih menjadi pemimpin rakyat Malaysia kerana maklumat itu ada pada risikan asing yang boleh diguna pakai untuk mendapat keistimewaan dan melemahkan negara.

Laporan WikiLeaks sebelum ini mendakwa perkhidmatan perisikan Singapura dan menteri mentor republik itu, Lee Kuan Yew percaya Anwar 'sebenarnya ada melakukan aksi yang beliau kini sedang dituduh’.

Dan kini Anwar Ibrahim harus menerima hakikat bahawa negara-negara yang dikatakannya menyokong beliau sebenarnya sedang memantau pergerakkannya. Sebagai contoh, 16 September, beliau berkata risikan Singapura dan Australia beritahu ada Ahli Parlimen BN hendak melompat parti.



Apakah DAP dan Pas masih inginkan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang selepas pendedahan yang dibuat oleh WikiLeaks. Itu terpulang dari pandangan mereka tentang kesahihan maklumat yang didedahkan oleh WikiLeaks.

Sekurang-kurangnya pendedahan ini harus membuka mata PAS dan DAP untuk menilai kembali kepemimpinan Penasihat PKR.

Tapi bagi rakyat Malaysia yang kenal akan karenah Anwar Ibrahim pasti tidak inginkan seorang pemimpin seperti beliau menjadi Ketua Negara.

Sabtu, 11 Disember 2010

6 Sebab Suka Mengumpat

Menurut Imam al-Ghazali, ada 6 sebab seseorang itu suka mengumpat, iaitu:


01. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam.

02. Suka mendengar dan mengikut perbualan teman yang menyerang peribadi dan kehormatan orang lain.

03. Mahu bersaing dan menonjol diri dengan menganggap orang lain bodoh.

04. Disebabkan dengki, dia berasa iri dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya.

05. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan sesuatu mengenai kelemahan dan kecacatan orang lain.

06. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain. Imam al - Ghazali selanjutnya menyarankan lima perkara untuk menghentikan sikap suka mengumpat iaitu :


a) Mesti sedar dan insaf bahawa mengumpat itu berdosa.

b) Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri seperti sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Syurga adalah bagi orang yang membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang lain".

c) berasa malu terutama apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan orang lain seolah-olah mencela Tuhan yang menciptakannya.

d) Hendaklah insaf dan sedar sebagaimana dia berasa tersinggung dan sakit hati apabila perlakuannya dan peribadinya dijadikan bahan umpatan.

e) Menguatkan iman kerana secara tidak langsung akan mengelakkan lidah daripada suka mengumpat.

Jumaat, 10 Disember 2010

Pengusaha Dodol Mati Terjatuh Kedalam Kawah

TUMPAT: Hasrat seorang pengusaha dodol memenuhi permintaan pasaran yang tinggi ketika cuti sekolah, bertukar tragedi apabila mati terjerumus ke dalam kawah panas dodol yang dimasaknya itu, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang di Kampung Laut dekat sini, mangsa, Wan Zainab Wan Ali, 62, meninggal dunia ketika dikejarkan untuk rawatan kecemasan di Hospital Tumpat, sejurus dikeluarkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Tumpat.

Mangsa mati dalam keadaan melecur teruk pada kedua-dua kaki dan muka, selain tangan kanannya remuk akibat terperangkap pada putaran mata mesin pengacau dodol berkenaan.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Tumpat, Yaakub Abdullah berkata, mangsa dipercayai terjerumus dalam kawah selepas tudung dipakainya tersangkut dan terlilit pada batang mesin pengacau dodol terbabit ketika memeriksa masakan berkenaan.

Anak saudara mangsa, Nik Roslan Nik Hussein, 41, berkata beliau bergegas ke bangsal tempat ibu saudaranya mengusahakan dodol selepas terdengar jeritannya meminta tolong.

“Saya bergegas meninjau keadaan mak cik yang bersendirian di bangsal dan terkejut melihatnya sedang dipusing mesin pengacau dodol sambil meraung kesakitan. Saya terus mematikan mesin terbabit sebelum mengambil air menjirusnya dan memanggil bantuan penduduk.

“Penduduk yang datang hanya menyiram air pada dodol panas kerana sukar mengeluarkan mak cik berikutan keadaannya mengerikan dengan kaki tersekat pada sebelah batang mesin,” katanya.

Enam anggota Bomba dan Penyelamat Tumpat yang tiba pada jam 5.30 petang, mengambil masa kira-kira lima minit untuk memotong komponen kawah sebesar satu pemeluk dengan ketinggian kira-kira 1.3 meter itu dan mengeluarkan mangsa yang terus dipeluk, Zarika, 40, dalam keadaan menyayat hati.



Sumber Dipetik Dari: bhkb@bharian.com.my

Pertahan Kedaulatan Bangsa Melayu


JOHOR BAHRU 8 Dis. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan orang Melayu supaya bermuhasabah diri dan segera kembali ke pangkal jalan bagi mempertahankan kedaulatan Melayu.

Baginda bertitah, berdasarkan perkembangan semasa, terdapat orang Melayu yang mahu menolak kedaulatan kaum tersebut seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan negara.

“Perkara ketuanan Melayu saya bangkitkan kerana saya dapati pada hari ini ramai rakyat yang tidak memahami atau sudah salah tafsir maksud sebenar.

“Ketuanan Melayu atau lebih dikenali kedaulatan Melayu mencakupi kedudukan raja-raja Melayu dan rakyatnya yang kekal sehingga ke hari ini dan bukannya soal antara ‘tuan’ dan ‘hamba’,” titah baginda semasa merasmikan Multaqa Ulama Darul Ta’zim di sini hari ini.

Sultan Ibrahim merupakan sultan ketiga di negara ini selepas Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menyelar orang Melayu yang sanggup menggadaikan konsep ketuanan dan kedaulatan Melayu atas dasar kepentingan politik sendiri.

Sultan Ibrahim bertitah, ketuanan Melayu merujuk kepada kedaulatan di negeri Melayu dengan kedudukan raja-raja Melayu sebagai puncak kerajaan negeri-negeri Melayu.

Menurut baginda, apabila British memberi kemerdekaan kepada negara ini, mereka menyerahkan semula Tanah Melayu kepada tuannya iaitu raja-raja Melayu dan rakyatnya.

“Ini kerana, awal sebelum kedatangan British dan sebelum kedatangan mana-mana bangsa ke negara ini, telah wujud tuan kepada tanah ini iaitu raja-raja Melayu dan rakyatnya.

“Sejak dulu lagi, ketika negeri-negeri Melayu belum dijadikan sebuah Persekutuan, raja-raja Melayu dan rakyatnya menerima orang luar sebagai tetamu dan memberi mereka ruang mencari rezeki serta sama-sama membangunkan Tanah Melayu.

“Apabila sudah menjadi Persekutuan, hak-hak kaum lain terus juga dijaga dan dihormati serta dijamin oleh Perlembagaan,” titah baginda.

Justeru, Sultan Ibrahim menyeru para ulama bangkit dan memainkan peranan bagi mempertahankan kedaulatan Melayu yang mula tercemar.

Baginda bertitah, ia tugas mencabar bagi para ulama dan umara (para pemimpin) untuk menjelaskan dan mempertahankan kedaulatan Melayu seperti terkandung dalam Perlembagaan yang selama ini menjadi ‘tuan tanah’ negara ini.

Multaqa sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda itu dihadiri 500 peserta dan dua kertas kerja dibentangkan.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadot dan Mufti negeri, Datuk Tahrir Shamsuddin.

Utusan Malaysia adalah akhbar rasmi multaqa berkenaan.

Sultan Ibrahim bertitah, peranan ulama pada zaman silam amat besar dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara serta sering berganding bahu dengan para pemimpin negara bagi menuntut kemerdekaan sehingga ia dapat dicapai dan syiar Islam dapat ditegakkan hingga ke hari ini.

“Ini jelas menunjukkan peranan ulama bukan sahaja untuk menegakkan hukum syarak, malah peranan lebih besar harus digalas iaitu menjaga dan mengekalkan ketuanan Melayu yang dimiliki selama ini,” titah baginda.


Sumber Dipetik Dari: utusanjohor@utusan.com.my

Rabu, 8 Disember 2010

Uncle Seekers: Cari Publisiti Murahan Atau Menjatuhkan Maruah Wanita

Siapa sebenarnya Uncle Seekers, penulis rasa ramai yang sudah tahu. Jadi tidak payah nak cerita panjang lebar tentang seseorang yang suka merapu dan kenyataannya sering membawa keraguan.


Apa yang penulis nak persoalkan ialah kisah cinta yang kononnya mengikut Uncle Seekers pernah terjalin dengan bekas Raja Permaisuri Agong, Siti Aishah.

Kalau di lihat dari gambar-gambar yang di dedahkan, penulis tidak menolak mungkin suatu ketika pernah terjalin hubungan intim di antara mereka berdua.



Walau setinggi mana darjat seseorang, manusia tetap manusia. Nafsu adalah sesuatu hal yang amat sukar dibendung. Mungkin title bekas Permaisuri Agong menjadi halangan atau ada pihak-pihak tertentu yang tidak ingin imej mereka terjejas maka hubungan tersebut tidak dapat di teruskan.


Di sinilah dapat kita nilai kejujuran dan sikap sebenar siapa Uncle Seekers. Penulis tidak ingin memburukkan sesiapa dalam hal ini, perkara telah terjadi. Perkara yang sepatutnya menjadi rahsia mereka berdua, bukan orang lain yang mendedahkan tapi Uncle Seekers sendiri.



Apakah memang benar cinta mereka pernah wujud, atau Uncle Sekers sendiri yang bertepuk sebelah tangan? Mendedahkan gambar-gambar yang tidak semestinya menceritakan perkara sebenar tapi telah di manupilasi dengan sendirinya telah mendedahkan siapa sebenarnya Uncle Seeker dan betapa rendahnya moral belia.

Dan siapakah yang akan berani menaruh kepercayaan kepada Uncle Seekers terutama kaum wanita. Kes pendedahan ini sudah cukup menjadi iktibar agar perkara yang sama tidak akan berulang.

Jumaat, 3 Disember 2010

Bekas Permaisuri Agong: Siti Aishah Saman Uncle Seekers

Siapa yang tidak kenal Uncle Seekers. Pendedahan berani kerana mendakwa mempunyai hubungan cinta dengan bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman. Pendedahan tersebut yang dimuat dalam laman peribadi beliau menjadi tumpuan dan isu hangat sejak kebelakangan ini.


Uncle Seekers Dan Siti Aishah, Bekas Permaisuri Agong


Dan hari ini secara mengejut, bekas Permaisuri Agong membuat kejutan bagi membalas segala pendedahan Uncle Seekers dengan memfailkan saman keatas Uncle Seekers dan juga bapa Uncle Seekers, Syed Abdullah Hussein Al-Attas.

Dibawah adalah berita yang dipetik dari Utusan:


KUALA LUMPUR 3 Dis. – Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman hari ini memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana telah bertindak melanggar maklumat sulit baginda.

Siti Aishah yang juga sebagai plaintif turut memfailkan saman ke atas bapa kepada Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas yang merupakan defendan kedua.

Berikutan itu, tarikh pendengaran interparte ditetapkan pada 22 Disember ini di Temerloh, Pahang.

Dalam saman tersebut, Siti Aishah memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama, Syed Abdullah dan defendan kedua, Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif. – Utusan

Khamis, 2 Disember 2010

Wa'ilah: Isteri Nabi Luth Mati Dalam Kesesatan

Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth menjadi perumpamaan bagi orang-orang yang ingkar. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang soleh di antara hamba-hamba Kami, lalu kedua isteri itu berkhidmat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tidak dapat membantu mereka sedikit pun dari (siksaan) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya)." Masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka)." (At-Tahrim: 10)

Dalam perjalanan hidup seorang nabi, apabila ia mendapati kebenaran yang datang dari Allah, keluarga terdekatnyalah yang terutama mesti ia seru terlebih dahulu. Orang yang paling dekat dengannya tentu saja memperoleh kesempatan paling besar untuk menerima seruannya. Akan tetapi, tidak demikian halnya dengan isteri Nuh dan anaknya. Meskipun keduanya adalah orang-orang yang paling dekat dengan beliau, mereka termasuk golongan yang ingkar akan kebenaran Allah dengan enggan beriman.

Begitu pula wanita yang satu ini, isteri salah seorang dari nabi Allah, yakni isteri Luth as. Luth adalah seorang nabi dan rasul yang diutus oleh Allah kepada kaumnya di Sadom, sebuah negeri besar yang mempunyai banyak kota, sedangkan penduduknya tenggelam dalam arus kemaksiatan. Rakyat Negeri Sadom ketika itu berserikat dan bahu-membahu dalam perbuatan dosa yang mengaibkan.

Nabi Luth diperintahkan oleh Allah untuk menyampaikan risalah-Nya kepada kaumnya itu, termasuk kepada isterinya sendiri. Berkata Nabi Luth kepada mereka seraya mengingatkan: "Mengapa kamu melakukan perbuatan tercela itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun di dunia ini sebelummu? Kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu, bukan kepada wanita. Bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas." (Al-A'raf: 80-81)

Memang, kaum Nabi Luth ketika itu berada pada tingkat kebinatangan yang paling rendah, kebejatan akhlak yang paling parah, dan tidak ada manusia seburuk mereka sebelumnya. Mendengar seruan Nabi Luth, seruan seorang nabi Allah yang juga pernah didengar oleh kaum-kaum lain sebelum mereka, rakyat Negeri Sadom merasa terusik kesenangannya. Mereka tidak tinggal diam setelah mendengar seruan kebenaran yang disampaikan oleh Nabi Luth. Mereka terus berfikir, mencari jalan bagaimana agar Nabi Luth tidak dapat mengumandangkan seruannya kembali. Ketika, mereka tengah duduk berfikir, tiba-tiba datang seorang perempuan tua menghampiri mereka. Sebenarnya, sudah lama perempuan tua itu mendengar rencana kaum Luth itu, dan ia tersenyum bangga mendengar rencana itu.

"Akan kutunjukkan kepada kalian, suatu lubang yang dapat menghalangi seruan Luth," ujar perempuan tua itu dengan wajah penuh keyakinan. "Lubang yang mana itu?" tanya mereka dengan keinginan yang penuh harap.

"Tidak akan kukatakan hal itu, kecuali aku mendapat sekeping perak sebagai upahnya," sahut si perempuan tua.

Tak seorangpun dari keturunan kaum Luth itu yang merasa marah atau heran mendengar ucapan perempuan tua yang terkenal mata duitan dan sifat lobanya itu. Salah seorang dari mereka memasukkan tangannya ke dalam sakunya; kemudian mengambil sekeping perak dan diberikannya kepada perempuan tua itu. Dengan senyum kemenangan, perempuan tua itu cepat mengambil dan menyembunyikan kepingan perak itu di dadanya. "Kalian dapat membatalkan seruan Luth melalui isterinya!" Kata perempuan itu kemudian.

Terbelalaklah mata kaum Luth ketika mendengar ucapan itu. Mereka semakin mendekatkan telinga masing-masing ke mulut perempuan penipu itu dengan penuh harapan.

"Bagaimana caranya?" Tanya mereka serentak.
"Kalian harus bekerjasama dengan isteri Luth untuk menghentikan seruannya kepada kalian."
Dengan kesal, salah seorang dari mereka berteriak. "Kami tidak ada urusan dengan isteri Luth!"
Dengan wajah marah, perempuan tua itu kembali berkata: "Aku lebih mengerti hal itu daripada kalian!"

"Kalau begitu," sela salah seorang yang lain. "Apa peranan isteri Luth dalam hal ini?"
"Dengar baik-baik. Peranan isteri Luth sama seperti perananku bagi kalian sekarang ini," jawabnya.

"Jadi, apakah kamu berharap agar isteri Luth dapat menunjuki kami, siapa orang-orang yang dapat memenuhi keinginan kami, sebagaimana yang engkau lakukan kini?" tanya salah seorang dari mereka. Dengan kedua mata yang bersinar, disertai kegembiraan haiwani, perempuan tua berlalu sambil bergumam, "Ya... ya..."

Isteri Nabi Luth sedang menyelesaikan sebahagian pekerjaannya ketika terdengar pintu rumahnya diketuk orang. Segera ia berlari, membukakan pintu. Dan seorang perempuan tua tiba-tiba berada di hadapannya.

Dengan tergopoh-gopoh perempuan tua itu lalu berkata: "Hai, anakku, adakah seteguk air yang dapat menghilangkan dahaga yang kurasakan ini?"
"Silakan masuk dahulu," jawab Wa'ilah, isteri Nabi Luth, dengan lembut." Akan kuambilkan air untukmu."

Perempuan tua itu kemudian duduk menunggu, sementara Wa'ilah masuk ke dapurnya. Tak lama kemudian, Wa'ilah kembali dengan membawa bekas yang penuh berisi air untuk tamunya itu. Dengan lahap, si perempuan tua segera meneguk habis air di bekas tersebut, dan kemudian melepas nafas dengan lega.

"Kami hidup bersama suamiku, Luth namanya, dan dua anak perempuanku," jawab Wa'ilah.
Perempuan itu kemudian memalingkan wajahnya ke sekeliling rumah yang kecil itu, lalu menggeleng-gelengkan kepalanya seakan-akan prihatin akan apa yang dilihatnya.

Dengan wajah yang memperlihatkan kesedihan, perempuan tua itu berkata: "Aduhai, apakah kesengsaraan menimpamu, Anakku?"
"Aku tidak sengsara, bahkan rumah ini cukup bagi kami, dan aku mempunyai suami yang memberiku makan dan minum bersama kedua puteriku," jawab Wa'ilah.

Perempuan tua penipu itu lebih mendekat kepada isteri Nabi Luth sambil berkata: "Dapatkah ruangan seperti ini disebut rumah? Dapatkah yang engkau teguk dan engkau rasakan ini disebut makanan atau minuman?"

Wa'ilah terpegun mendengar ucapan perempuan tuan itu. Dengan penuh keheranan, ia kemudian bertanya. "Kalau begitu, apa yang selama ini kumakan dan kuminum?"
Cepat-cepat perempuan tua itu berkata: "Panggillah aku dengan sebutan ibu. Bukankah kedudukanku seperti ibu saudaramu?" Kemudian ia menyambung lagi. "Sesungguhnya semua ini adalah kemiskinan dan kesengsaraan hidup yang membawa kemalangan bagimu, hai anakku. Mengapa kamu tidak masuk ke rumah orang-orang kaya di antara kaummu. Tidakkah kamu melihat kehidupan mereka yang penuh kemegahan, kesenangan, dan kenikmatan...? Kamu berparas cantik, hai anakku. Tidak layak kamu membiarkan kecantikanmu itu dalam kemiskinan hina begini. Tidakkah kamu sedari bahwa kamu tidak mempunyai anak lelaki yang dapat bekerja untuk memberimu makan kelak apabila suamimu meninggal dunia?"

Wa'ilah, isteri Nabi Luth, mendengarkan dengan saksama semua ucapan perempuan tua itu. Ya, ucapan itu telah membuatnya terlena sambil merenung atap rumahnya. Sesekali ia perhatikan perempuan tua yang semakin mengeraskan suaranya yang penuh nada kesedihan dan kedukaan. Dalam lamunannya itu, tiba-tiba Wa'ilah merasakan pelukan perempuan tua itu di bahunya.

Ketika perempuan tua itu menghentikan pembicaraannya, isteri Nabi Luth memandang kepadanya sambil berusaha meneliti kalimat-kalimat yang baru didengarnya. Tetapi si perempuan tua tidak memberinya kesempatan untuk berfikir, bahkan ia mulai menyambung pembicaraannya dengan berkata: "Hai, anakku, apakah yang dikerjakan suamimu? Bagaimana hubungannya dengan penduduk Negeri Sadom dan kampung-kampung kecil di sekelilingnya?

Sesungguhnya orang-orang di sini menginginkan sesuatu yang dapat menyenangkan hati mereka sesuai dengan yang mereka kehendaki. Dan sesuatu yang dicarinya itu dapat menjadi sumber penghasilan dan kekayaan bagi orang yang mahu membantu mereka. Lihatlah! Lihatlah, hai anakku, kepingan-kepingan emas dan perak ini! Sesungguhnya emas dan perak bagiku adalah barang yang mudah kuperolehi. Aku menunjukkan kepada kaumku beberapa lelaki berwajah `cantik' yang datang dari kota. Sedangkan kamu... di rumahmu sering datang beberapa pemuda dan remaja lelaki kepada suamimu.

Ya, suamimu yang seruannya diperolok-olok oleh kaum kita. Pekerjaan semacam ini sebenarnya tidak memberatkan kamu. Suruhlah salah seorang puterimu menemui sekelompok kaum kita dan memberitahu mereka akan adanya lelaki tampan di rumahmu. Dengan demikian, engkau akan memperoleh emas atau perak sebagai hadiahnya setiap kali engkau kerjakan itu. Bukankah pekerjaan itu amat mudah bagimu? Dengan itu, engkau bersama puteri-puterimu dapat merasakan kenikmatan sesuai dengan apa yang kalian kehendaki."

Sambil mengakhiri ucapannya, perempuan tua itu meletakkan dua keping perak di tangan Wa'ilah, dan kemudian segera keluar. Isteri Nabi Luth duduk sambil merenungkan peristiwa yang baru terjadi itu tentang keadaan pekerjaan yang dicadangkan oleh si perempuan tuan. Dan... ia kebingungan sambil berputar-putar di sekitar rumahnya. Suara perempuan tua itu masih terngiang-ngiang di telinganya, sementara di tangannya terselit dua keping perak. Wa'ilah dibayangi keraguan apakah sebaiknya ia terima saja saranan perempuan tua itu. Tetapi, apa yang akan dikatakan orang nanti tentang dirinya jika hal itu ia lakukan; bahwa isteri seorang yang mengaku sebagai Rasul Allah dan menyerukan kebajikan, ternyata, menolong kaumnya dalam melakukan kebatilan.

Tiba-tiba datang suara yang membisikkan ke telinganya: "Perempuan tua itu telah menasihatimu. Ia tidak mengharapkan sesuatu kecuali kebaikan dan kebahagiaan bagimu. Kamu tidak bertanggungjawab atas apa yang dilakukan oleh kaummu. Dan lagi pekerjaan yang dicadangkan perempuan tua itu sama sekali tidak memberatkanmu. Kamu hanya memberitahu mereka tentang kedatangan tamu-tamu suamimu, Luth. Lekaslah... lekaslah... nanti akan kukatakan... lekas, supaya engkau memperoleh kekayaan dan kenikmatan... Cepatlah...!" Dan tiba-tiba, tanpa ragu-ragu, Wa'ilah berkata: "Baiklah, kuterima..."

"Kalau begitu, selamat kuucapkan kepadamu," demikian Iblis membisikkan kepadanya." Sesudah ini engkau akan merasakan kenikmatan di dalam kehidupanmu..."
Nabi Luth kembali kepada penduduk desa yang berada di sekitar Sadom untuk menyerukan kebenaran Ilahi sesuai dengan perintah Allah kepadanya. "Mengapa kalian mengerjakan perbuatan tercela itu, yang belum pernah diperbuat oleh seorangpun di dunia ini sebelum kalian? Sesungguhnya kalian mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsu kalian bukan kepada wanita, bahkan kalian ini adalah kaum yang melampaui batas."

Perlawanan penduduk Sadom terhadap dakwah kebenaran yang disampaikan oleh Nabi Luth kepada mereka membuat kesedihan dan kedukaan di hati Nabi Luth sendiri. Betapa kaumnya tidak mahu menerima kebenaran dan tidak menghendaki diri mereka bersih dari perangai yang hina dan merusakkan itu.

Hari demi hari berlalu. Setiap isteri Nabi Luth melihat beberapa lelaki datang ke rumahnya, ia segera memberi tahu kaumnya tentang hal itu dan setiap kali berita yang dibawanya sampai kepada kaumnya si perempuan tua datang kepadanya dengan membawa sepotong perak seraya berkata: "Jika engkau selalu menolong kami, nescaya engkau akan dapatkan terus sekeping perak, sementara suamimu tidak dapat menyeru kepadanya." Wajah perempuan tua itu tertawa seperti tawa syaitan, kemudian pergi...

Sementara itu, seruan Nabi Luth kepada kaumnya tidak menambah apa-apa kecuali perlawanan dan kesombongan. Mereka tetap selalu berpaling dari ajakan suci itu. Bahkan mereka terus-menerus melakukan perbuatan keji tatkala Nabi Luth memperingatkan akan datangnya seksa Allah atas mereka apabila mereka tidak mahu berhenti dari kesesatannya. Mereka malah menentang Nabi Luth dengan berkata: "Datangkanlah kepada kami azab dari Allah, jika kamu termasuk orang-orang yang benar." Maka, Nabi Luth pun memohon kepada Allah, agar Allah menolongnya dari kaumnya.

Nabi Luth berdoa: "Ya, Tuhanku, tolonglah aku (dengan menimpakan azab) atas kaum yang berbuat kerusakan itu." (Al-Ankabut: 30) Allah memperkenankan doa Nabi Luth as, dan mengutus Jibril as. untuk membinasakan mereka. Jibril datang ke Negeri Sadom dengan menyerupai dua orang lelaki yang tampan. "Dia (Luth) merasa susah dan sempit dadanya karena kedatangan mereka. Dan ia berkata: "Ini adalah hari yang amat sulit." (Hud: 77)

Nabi Luth as. cemas memikirkan apa yang bakal diperbuat kaumnya jika mereka mengetahui kedatangan tamu lelaki yang berwajah `cantik' di rumahnya. Bagaimana ia dapat mempertahankan dan memelihara mereka dari kemungkaran kaumnya? Ah, bukankah tidak ada yang mengetahui kedatangan mereka, kecuali dia sendiri, dan kedua puterinya? Sebaliknya kedatangan kedua tamu Nabi Luth itu merupakan kesempatan bagi isterinya untuk menambah kepingan-kepingan perak yang biasa ia perolehi dari si wanita tua.

Sekarang, ia harus mengutus seseorang kepada kaumnya untuk memberitahu mereka. Tetapi kedua puterinya sedang sibuk menyiapkan hidangan bagi kedua tamu ayahnya, atas perintah Nabi Luth. Karena keinginannya yang mendesak, isteri Luth akhirnya memberi isyarat kepada salah seorang puterinya untuk mendekat. Kemudian ia membiisikkan beberapa kalimat ke telinga anak perempuannya itu. Sesaat kemudian, sang puteri segera keluar rumah untuk memberitahu kaumnya, sebagaimana biasa.

Di tengah-tengah kerumunan orang ramai anak Nabi Luth melihat seorang perempuan tua melambaikan tangan sambil mengisyaratkan panggilan kepadanya. Segera ia mendekati perempuan itu dan memberitahu tentang dua lelaki tampan yang datang ke rumahnya.

Perempuan tua itu kemudian menyuruh ia cepat pulang, sementara kelompok lelaki menghampiri seraya bertanya: "Apakah yang terjadi? Apakah ada berita baru?" Wajah si perempuan tua menampakkan senyum tipuan sambil berkata: "Kali ini tidak kurang dari empat potong emas harus kuterima."

Dengan bersemangat kaumnya bertanya: "Apakah yang terjadi? Apakah ada yang istimewa?"
Perempuan itu berkata kepada mereka, sementara ia membuka matanya lebar-lebar disertai syaitan. "Kalian akan memperoleh apa yang kalian kehendaki, iaitu dua orang lelaki yang berwajah `tampan'. Dengan wajah buas dan bernafsu, mereka bertanya dengan tidak sabar. "Di mana mereka? Di mana lelaki berwajah `tampan' itu?

"Berikan harta kepadaku terlebih dahulu, barulah kuberi tahu kalian!" Katanya. Sebahagian dari mereka menyahut: "Wahai wanita tua, engkau yang tamak, tidak pernah kenyang!" Dan sebahagian yang lain berkata: "Inilah harta untukmu, tetapi cepat katakan, di mana lelaki yang berwajah `tampan' itu?" Setelah tangannya menggenggam emas, berkatalah perempuan tua itu kepada mereka. "Mereka ada di rumah Luth..." Hampir-hampir kaumnya tidak mendengar ucapan perempuan tua itu dengan jelas.

Tetapi, sesaat kemudian, mereka berlumba-lumba untuk segera datang ke rumah Nabi Luth. Masing-masing ingin memperoleh kepuasan dari dua lelaki `tampan' yang ada di rumah Luth. Sesampainya mereka di sana, didapati pintu rumah Nabi Luth tertutup. Segeralah mereka mengetuk keras sambil berteriak. "Bukakan, Luth bukalah pintu-pintumu! Kalau tidak, kami terpaksa akan memecahkannya!" Isteri Nabi Luth mencuba menemui suaminya yang ternyata telah meninggalkan kedua tamunya di dalam kamar, sementara ia sendiri mendekati pintu rumahnya yang tertutup dan memisahkan dia dengan sekumpulan kaumnya. Isteri Nabi Luth mengintai dari balik tirai. Hatinya melonjak kegirangan. Sebentar lagi ia bakal memperoleh sepotong perak dari si perempuan tua, sesuai dengan kebiasaan yang telah berlangsung selama ini. Bahkan di samping itu, tanpa diketahuinya, ia mungkin bakal memperoleh pula sepotong emas sebagai bonus. Teriakan kaum Luth bertambah keras dan garang. Mereka tak sabar dan ingin memecah pintu agar dapat masuk dan menemui tamu-tamu Nabi Luth. Apakah yang akan dikatakan oleh Nabi Luth atas tindakan kebengisan yang diperbuat oleh naluri haiwan kaumnya yang rendah itu?

Nabi Luth pun berdiri terpaku; hanya pintu yang memisahkannya dari kaum durjana itu. Sesaat kemudian, Nabi Luth berkata kepada mereka demi menenangkan keadaan: "Hai, kaumku, inilah puteri-puteriku, mereka lebih suci bagimu. Maka, bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu mencemarkan namaku di hadapan tamuku. Tidak adakah di antaramu seorang yang dapat menbedakan baik dan buruk. Ya, orang-orang yang berakal ketika itu telah dihinggapi fikiran-fikiran hewan yang rendah, sehingga nafsu mereka sulit dibendung.

Luth kemudian kembali menegaskan permohonannya kepada kaumnya itu, sedangkan isterinya mengintip tidak jauh dari situ. Nabi Luth menawarkan kepada mereka untuk mengawini puteri-puterinya, tetapi dengan serentak mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau telah tahu bahwa kami tidak mempunyai keinginan terhadap puteri-puterimu; dan sesungguhnya kamu tentu mengetahui apa yang sebenarnya kami kehendaki." Sampai di sini, dialog antara Nabi Luth dan kaumnya terputus. Nabi Luth kemudian berfikir, apakah yang akan ia lakukan jika kaumnya memecah pintu rumahnya dan masuk untuk melampiaskan nafsu syaitannya kepada dua orang tamunya. Ia berdiri kebingungan, sedangkan isterinya memandangnya dengan pandangan khianat.

Tiba-tiba tamu Nabi Luth berkata kepadanya: "Sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu; sekali-kali mereka tidak dapat mengganggu engkau." Kalau begitu, tamu-tamu Nabi Luth adalah utusan-utusan Allah yang datang untuk menimpakan azab kepada penduduk Negeri Sadom yang berbuat kerusakan itu. Mendengar semua itu, isteri Nabi Luth merasa khuatir, karena ia akan gagal memperoleh harta yang selalu diingininya itu. Kebatilan dan pelakunya memang tidak akan pernah kekal, dan kini seksa sedang menghampiri mereka. Berkata utusan-utusan Allah itu kepada Nabi Luth: "Bukakan pintu, dan tinggalkan kami bersama mereka!"

Maka, Nabi Luth pun membuka pintu rumahnya. Isteri Nabi Luth merasa cemas tatkala melihat serombongan kaumnya menyerbu masuk dengan penuh kegilaan, dan segera menuju ke arah tamu-tamu Nabi Luth. Ketika itulah, Jibril menunjukkan kelebihannya. Ia mengembangkan kedua sayapnya dan memukul orang-orang durjana itu. akhirnya, mata mereka, tanpa kecuali, buta seketika. Dengan berteriak kesakitan, mereka semua menghendap-hendap dan bingung, kemana mereka harus berjalan.

Bertanyalah Nabi Luth kepada Malaikat Jibril: "Apakah kaumku akan dibinasakan saat ini juga?" Malaikat Jibril memberitahu bahwa azab akan ditimpakan kepada kaum Nabi Luth pada waktu Subuh nanti. Mendengar itu, Nabi Luth segera berfikir, bukankah waktu Subuh sudah dekat. Jibril memerintahkan Nabi Luth agar pergi dengan membawa keluarganya pada akhir malam nanti.

Semua keluarga Nabi Luth pada malam itu pergi bersamanya ke luar kota, kecuali Wa'ilah. Isterinya itu bukan lagi termasuk keluarganya yang beriman kepada risalah Allah yang dibawanya. Sebaliknya, Isteri Nabi Luth justeru telah membantu orang-orang yang berbuat kerosakan, dan ia harus menerima akibatnya. Maka, turunlah azab atas dirinya, bersama semua kaum Nabi Luth yang ingkar, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah dalam Kitab Suci Al-Quran: "Maka, tatkala datang azab Kami, Kami balikkan (kota itu), dan Kami turunkan di atasnya hujan batu, (seperti) tanah liat dibakar bertubi-tubi. Diberi tanda oleh Tuhanmu. Dan seksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim." Maha Benar Allah lagi Maha Agung.

Selasa, 16 November 2010

7 Tahun Penjara: Kes Bunuh Datuk Sosilawati

BANTING - Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Datok, atas tuduhan melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

K. Sarawanan, 19, dan U. Suresh, 26, yang masing-masing menghadapi empat pertuduhan melupuskan bahan bukti, didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan.

Majistret Hurman Hussain, menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap.

Mereka merupakan antara lapan orang yang ditahan di antara 9 dan 12 September lalu, bagi membantu siasatan polis berikutan laporan kehilangan Sosilawati pada 30 Ogos lalu.

Sarawanan dituduh menghilangkan bukti itu dengan membakar mayat Sosilawati, 47, pegawai bank CIMB Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Beliau yang merupakan seorang bekas mekanik didakwa membakar mayat keempat-empat mangsa itu di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat Banting pada 30 lalu lepas antara 9.45 malam dan 12.00 tengah malam.

Suresh yang tidak mempunyai pekerjaan tetap pula didakwa menghilangkan bahan bukti itu dengan membuang abu mayat Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin di Sungai Panchau, Jalan Morib Banting pada 31 Ogos lalu antara 8
pagi hingga 10 pagi.

Mereka berdua didakwa melakukan perbuatan itu bagi mengelakkan empat-empat tertuduh di dalam kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain daripada tindakan undang-undang.

Ahad, 14 November 2010

Bencana Umat Islam: Mufti Perak

Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak


Maksud Hadith Rasulullah S.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umatku".

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.

Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.

Bencana umat Islam

Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah daripada Mahkamah Syariah.. Lan taran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).

Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur.

Ia membawa implikasi:

i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai.
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya.

Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati daripada Islam tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta , peguam/pemerhati daripada Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang.

Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini.

Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian dan Hinduisme

Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.

Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:

1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang.

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.

Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.

Serangan aqidah di Malaysia
Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.

Serangan pemikiran.

1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka.

2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi.. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah kepada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.

Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia. Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universiti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.

Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.

Keputusan kes pakai serban, ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.

Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.

Harap kepada siapa?

Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu Muslim.

Allah S.W.T berfirman:
"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."

Peringatan-peringat an Daripada Allah S.W.T.
Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain.. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.

Demikian, sedikit ringkasan.. Wallahu a'lam

Dato' Harussani Bin Zakaria

Mufti DiRaja Negeri Perak

Sabtu, 6 November 2010

Keputusan Pilihanraya Kecil Berkembar

Keputusan Pilihanraya Kecil DUN Galas, Kelantan (N45)

Abdul Aziz Yusoff, 47
Barisan Nasional (BN)

5,324 undian
1,190 majoriti

Dr. Zulkefli Mohamad, 44
PAS

4,143 undian


Keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah (P185)

Datin Linda Tsen Thau Lin, 54
Barisan Nasional (BN)

9,773 undian
6,359 majoriti

Ansaari Abdullah, 56
Parti Keadilan Rakyat (PKR)

3,414 undian

Datuk Yong Teck Lee, 52
SAPP

2,031 undian

Khamis, 4 November 2010

Keputusan Pilihanraya Kecil Dun Galas

Seperti yang telah dijangkakan BN menang selesa di pilihanraya kecil N45 Galas menewaskan lawannya dari PAS.


Keputusan penuh yang di umumkan secara langsung:

Jumlah yang keluar mengundi: 9590

Jumlah perolehan undi oleh calon yang bertanding:

01. Abd. Aziz Bin Yusof (BN) 5324
02. Zulkifli Bin Muhammad (PAS) 4134
03. Undi Rosak 132


Keputusan Rasmi:

Calon BN menang dengan majoriti undi: 1190

Sabtu, 23 Oktober 2010

Penaung Islamic Fashion Festival Wajip Mohon Maaf Kepada Umat Islam

Dalam islam bukan perempuan tak boleh jadi pemimpin. Tapi kalau dia melebihi kaum lelaki terutama dalam soal agama maka apa yang tak seharusnya terjadi akan berlaku juga.

Apakah kriteria yang ada pada isteri Datuk Najib sehingga dia boleh terpilih sebagai penaung Islamic Fashion Festival. Cukupkah pendidikan dia dalam soal agama serta sejauh mana kefahaman dia tentang hukum-hakam agama islam.





Malaysia sejak zaman Tun Mahathir amat di kenali di serata dunia sebagai sebuah negara islam contoh. Tapi apa yang terjadi di Monte Carlo pada bulan Ogos 2010. Malaysia yang di anggap negara contoh bukan sahaja oleh negara barat tapi negara islam yang lain telah memberi malu bahkan menghina peradaban islam yang maha suci. Ini semua angkara Datin Rosmah Mansor iaitu isteri kepada PM kita sekarang. Ini kerana beliaulah yang bertanggungjawab sepenuhnya diatas perlaksanaan Islamic Fashion Festival (IFF) di Monte Carlo.

Sungguh amat memalukan bagi seluruh umat islam sejagad. Kita tahu dalam islam tiada perkara seperti ini yang di benarkan. Apakah Datin Rosmah Mansor inginkan nama sehingga sanggup menggadaikan maruah agama maruah negara.

Dan seharusnya sebagai seorang isteri perdana menteri malaysia dia wajib memohon maaf secara terbuka dan live bukan sahaja kepada rakyat malaysia tetapi kepada seluruh umat islam di dunia ini.

Ingatlah apa yang Datin Rosmah Mansor lakukan sedikit sebanyak akan mencalarkan kewibawaan PM kita. Ini kerana orang ramai pasti akan menganggap PM kita tidak dapat mengawal pergerakkan isterinya yang suatu hari nanti jika berterusan pastinya akan membawa kehancuran kepada dirinya sendiri.

Ingatlah satu perkara, Datin Rosmah bukan seorang pemimpin. Dan ingatlah sejarah dunia membuktikan berapa ramai pemimpin dunia yang tewas kerana perempuan.

Isnin, 11 Oktober 2010

Kemalangan Ngeri Bas Express Di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan

Setakat jam 3.00 petang tadi, dilaporkan dalam Utusan Online bahawa jumlah kematian akibat kemalangan ngeri yang melibatkan dua bas(Bas JKM & Bas Ekspres Delima), tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka pada 10 Oktober 2010 semalam telah meningkat dari 12 kematian kepada 15 kematian.








Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu ialah sebuah bas ekspres Delima, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga buah kereta, sebuah van dan sebuah motosikal.Seorang jurucakap syarikat Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) ketika dihubungi berkata, kemalangan itu didakwa berpunca daripada bas ekspres Delima yang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke ibu negara. Bas itu didakwa terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya. Selepas melanggar pembahagi jalan bas tersebut berpusing-pusing memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah van yang dalam perjalanan ke selatan.





“Bas Delima itu kemudian merempuh sebuah Perodua MyVi, bas JKM dan tiga buah kenderaan lain,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.Difahamkan 12 mangsa yang terkorban membabitkan sepuluh penumpang bas Delima, seorang penumpang van dan seorang penunggang motosikal lelaki.

















Mangsa yang terkorban ditempat kejadian terdiri daripada:
Sembilan rakyat tempatan dan tiga warga Myanmar.

Pemandu bas ekspres Delima :
01. R Ramachandra, 52, dari Kampung Tengah, Klebang Besar;

Penumpang bas ekspres Delima :
02. Muhammad Farizuddin Talib, 19, dari Balai Panjang, Malim
03. Azizi Ajis, 19, dari Kampung Japis, Nyalas
04. Norazmi Abdul Karim, 24, dari Kampung Pondok Kempas, Selandar
05. Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, dari Semabok Perdana
06. Nur Shafika Baba, 29, dari Pokok Mangga.

Warga Myanmar yang kenderaan yang mereka naiki belum disahkan :
07. Pau Khan Tual, 21;
08. Kam Khaw Tual, 28; dan
09. Cin Thawa Tuang, (umur tidak diketahui)

Pemandu van:
10. Goo Chuan Heng, 34, dari Taman Maju, Batu Pahat;

Warga tempatan yang belum disahkan kenderaan yang dinaiki:
11. Pang Shi Moei dari Taman Segar, Segamat, 57, dan
12. Eng Sok Kuan dari Kuala Lumpur, 52

Ahad, 10 Oktober 2010

Penduduk Serbu Rumah Gadis Ghaib Rakam Gambar Jin

JERTIH: Rumah gadis yang mengalami gangguan misteri yang menyebabkannya sering ghaib di Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, diserbu ratusan penduduk selepas dua lelaki datang menawarkan diri merawat gadis itu mendakwa berjaya menangkap sembilan makhluk halus malam kelmarin.




Dalam kaedah rawatan tradisional jam 7.30 malam itu, dua lelaki menggunakan kaedah masing-masing bagi merawat Siti Balqis Mohd Nor, 22, yang ghaib ‘dilarikan’ makhluk ketika senja dan dinihari, sejak dua bulan lalu.

Dua lelaki itu yang menawarkan khidmat percuma selepas membaca kisah itu di akhbar sejak Selasa lalu, berpecah dua ketika sesi rawatan dengan seorang daripadanya berada di dalam rumah mengerjakan solat dan seorang lagi di luar rumah menggunakan jampi.

Kira-kira 15 minit selepas rawatan, seorang lelaki yang berada di luar rumah mendakwa melihat satu lembaga yang didakwanya dapat ditangkap.

Dia mendakwa dapat menangkap sembilan jin atau makhluk halus yang menyebabkan beratus-ratus penduduk menyerbu rumah gadis itu.

Selepas menangkap sembilan makhluk itu, bomoh itu memasukkannya ke dalam bekas khas bertutup bagi mengelak makhluk berkenaan terlepas.

Orang ramai yang menyaksikannya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dan video, kebanyakannya menggunakan telefon bimbit untuk dijadikan kenangan dan bahan bukti kejayaan bomoh berkenaan.
Usaha Berita Minggu mendapatkan komen dan mengambil gambar dua bomoh itu gagal kerana mereka tidak mahu menonjolkan diri sebaliknya memberitahu makhluk halus yang ditangkap, dihanyutkan ke laut.

Siti Balqis pula mengakui kini berasa lebih tenteram kerana dalam tempoh 48 jam lalu, beliau sudah tidak lagi ghaib.

“Saya harap usaha murni semua pihak yang menghulurkan bantuan akan membuahkan hasil dan membolehkan saya kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali.

Ibunya, Norizan Said, 47, berkata, sejak kisah anaknya disiarkan, 17 bomoh menawarkan diri merawat Siti Balqis secara percuma tetapi kejadian malam tadi adalah kemuncaknya apabila bomoh berkenaan dapat menangkap makhluk yang sebelum ini didakwa menjadi punca anaknya ghaib.

Katanya, sejak kisah anaknya disiarkan media, keluarganya juga berasa lega kerana tidak perlu lagi menanggung perbelanjaan besar untuk mengupah bomoh sama ada berasaskan rawatan Islam atau kaedah tradisional kerana semuanya kini menawarkan khidmat merawat anaknya secara percuma.

Rabu, 22 September 2010

Gantung Sampai Mati - Pembunuh Syafiah Humairah

Seorang pemandu teksi Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah membunuh kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun, Syafiah Humaira Sahari, Februari lepas.

Hakim Mohtarudin Baki membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mohd Fazli Azri, 28, didakwa membunuh Syafiah Humaira yang merupakan anak teman wanitanya di padang bola sepak, Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali pada 6.30 petang 25 Februari lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mohd Fazli Azri, teman lelaki kepada ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz, didakwa membunuh kanak-kanak itu dengan cara menendang dan memijak perut mangsa. Syafiah Humaira disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian perut, kepala dan juga abdomen.
Mohd Fazli Azri Yang Bertanggungjawab Menyebabkan Kematian Syafiah Humaira Sahari


Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Idham Abdul Ghani, Hanim Mohd Rashid dan Zureen Elina Mohd Dom manakala Mohd Fazli Azri diwakili peguam Gurbachan Singh.

Sepanjang perbicaraan yang bermula 7 Jun lepas, mahkamah telah mendengar keterangan daripada 33 orang saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan. - Bernama

Jumaat, 17 September 2010

DAP & PKR Kuasai Kabinet!!!

Terkejut betul penulis awal pagi ni bila membuat rondaan di internet terjumpa artikel ini dengan tajuk "KERAJAAN BN TUMBANG - DAP & PKR KUASAI KABINET!!". Check punya Check rupanya gimmick seorang blogger yang mahu betul dua parti ni memerintah Malaysia. Yang heran dia terlupa nak masukan seorang lagi rakan mereka kat tajuk tu, PAS.


Bangunan Parlimen dipenuhi dengan beberapa Ahli-Ahli Parlimen Pakatan. Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berbincang bersama rakan-rakan beliau bagi membentuk kerajaan baru.


Angan-angan YB. Lim Kit Siang nak jadi Timbalan Perdana Menteri kelihatan sedang membuat liputan khas mengenai kerajaan baru Pakatan. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga kelihatan sedang berbincang bersama beberapa Ahli Parlimen DAP mengenai penubuhan kerajaan baru ini. Ura-ura juga mengatakan bahawa DAP dan PKR akan menguasai Kabinet Malaysia.

Khalid Samad dan YB Husam Musa saja yang hadir mewakili PAS. Maklumat yang diberitahu bahawa PAS tidak berpuas hati dengan pembahagian Kabinet Malaysia yang dicadangkan.


16 September... Detik penantian sekian lama hanya impian kosong DAP & PKR. Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dato' Seri Najib masih kekal memerintah setelah lebih 40 Ahli Parlimen BN yang dikatakan akan lompat parti masih setia kepada BN.

Kesian PAS ditinggalkan pada saat-saat penting ini. Tapi Kalau DAP & PKR menerajui negara apakah mereka akan lebih baik dari kerajaan sekarang? Cuma waktu akan menentukan. Harap-harap apa yang mereka hajatkan akan tercapai bukan hanya impian kosong belaka.

Dan kepada PAS fikir-fikirlah sebelum menyertai mereka. Ini baru angan-angan DAP & PKR, kalau betul akan tersisihlah PAS jauh-jauh.

Sebahagian Artikel Di Petik DARI

Hari Malaysia Wadah Penyatuan

KOTA KINABALU 16 Sept. – Rakyat digesa menjadikan sambutan Hari Malaysia sebagai wadah untuk mengukuh dan meningkatkan rasa cinta kepada negara bertuah ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu bukan sahaja akan menjamin kesatuan dan penyatuan sedia ada di negara ini, tetapi membolehkan kejayaan yang dibina sejak 47 tahun lalu dipertahankan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Najib Tun Razak menandatangani buku catatan rasmi sambutan Hari Malaysia sambil diperhatikan oleh Alfred Jabu, Musa Aman, Rais Yatim dan Masidi Manjun di Kota Kinabalu, malam tadi.


“Dengan ini kita akan dapat memastikan apa yang bersambung tidak akan putus dan tidak akan membiarkan fahaman ekstremis dan fanatik untuk merungkai segala yang telah dikecapi hari ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Malaysia 2010 di Padang Merdeka di sini malam ini.

Hadir sama, Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah dan isteri, Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Perdana Menteri berkata, Hari Malaysia yang disambut hari ini tidak seharusnya menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat apabila negara ini mempunyai dua tarikh keramat.

Beliau menjelaskan, kedua-dua tarikh keramat itu iaitu pada 31 Ogos dan 16 September membawa makna yang amat besar, mendalam dan amat signifikan kepada negara ini.

“Jika 31 Ogos tarikh merdeka, 16 September adalah tarikh penyatuan dan kesatuan kita untuk menjadi sebuah negara lebih besar,” katanya.

Najib berkata, sejak disatukan di bawah Malaysia, Sabah, Sarawak dan Semenanjung telah melalui pelbagai cabaran getir termasuk tuntutan Filipina terhadap Sabah dan Ganyang Malaysia yang dilancarkan Indonesia.

Katanya, semua cabaran itu berjaya dilalui dan pada hari ini kerajaan sedang berusaha untuk memastikan rakyat di Sabah dan Sarawak mengecapi nikmat pembangunan seperti di Semenanjung.

Beliau menjelaskan, kerajaan serius dalam menjayakan agenda itu seperti disaksikan dalam pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang menyaksikan Sabah menerima peruntukan sebanyak RM6.1 bilion sehingga 2012 bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan.

‘‘Agenda itu akan jadi kenyataan tidak lama lagi jika rakyat Sabah dan Sarawak terus memilih Kerajaan Pusat dan negeri yang komited kepada membela nasib rakyat,” katanya.


Dipetik Dari: utusansabah

Pembunuhan Kejam Sosilawati-Kes Selesai

KUALA LUMPUR: Polis menganggap kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain, selesai dan semua suspek dijangka didakwa minggu depan.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata polis kini pada peringkat akhir mengumpul maklumat dan bukti sebelum mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan pertuduhan terhadap lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk yang ditahan setakat ini.

Sambil memuji Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang diketuai Pengarahnya, Datuk Mohd Bakri Zinin dan Timbalan JSJ, Datuk Hadi Ho Abdullah atas kejayaan pasukan itu menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh yang cepat, Ismail bagaimanapun berkata, ini bukan bermakna siasatan sudah dihentikan.

“Pasukan itu masih meneruskan siasatan di lokasi kejadian di Banting dan mencari bukti berhubung kes berkenaan. Pasukan itu juga sedang mengumpul maklumat mengenai beberapa kes kehilangan lain yang dikaitkan dengan suspek sama,” katanya dalam sesi diskusi dengan pengarang kanan media di Bukit Aman, semalam.

Ini adalah pertemuan pertama Ismail dengan pengarang kanan media selepas mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara pada 12 September lalu. Turut hadir, Timbalannya, Datuk Hussin Ismail dan Mohd Bakri.

Kes pembunuhan Sosilawati, 47; serta pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, terbongkar berikutan penahanan lapan suspek dua hari selepas menerima laporan isteri seorang ahli perniagaan warga India yang sebelum ini turut dilaporkan hilang selepas berurusan dengan peguam bergelar Datuk itu.
Sosilawati dan tiga individu itu yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu, dipercayai dibunuh di Ladang Gadong, Banting sebelum dibakar dan abu mayat mereka dibuang ke dalam Sungai Panchau. Mereka dipercayai dibunuh kira-kira 10 malam, 30 Ogos, iaitu pada hari sama mereka dilaporkan menemui Datuk itu.

Setakat ini, polis menahan lapan orang bagi membantu siasatan kes itu, termasuk Datuk terbabit dan adiknya, juga seorang peguam. Semua suspek yang ditahan pada 10, 11 dan 12 September lalu direman sehingga Sabtu ini.

Polis dikatakan akan meminta lanjutan tempoh reman untuk membolehkan pendakwaan dibuat akhir minggu depan.

Mohd Bakri berkata, polis menubuhkan dua pasukan petugas khas, iaitu satu untuk menyiasat kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu yang bersamanya, manakala satu lagi bagi menyiasat laporan orang hilang yang dikaitkan dengan suspek sama.

Ditanya mengapa banyak laporan orang hilang yang dibuat sebelum ini tidak disiasat, Ismail yang mengaku turut menerima banyak pertanyaan mengenainya, berkata beliau akan memastikan semua aduan orang hilang disiasat secara serius.

“Jika pegawai atau anggota saya didapati tidak memandang serius kes orang hilang, saya akan pastikan tindakan tegas diambil terhadap mereka,” katanya.


Dipetik Dari: beritanetnews