Wellcome To Kg Paris Kinabatangan Sabah Malaysia

KG PARIS

Selasa, 2009 Disember 01

9 Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki

Keibuan

Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuatlelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi
keibuan dalam diri masing-masing.

Keanak-Anakkan

Dalam batas yangg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai

Wanita yangg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki
juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3?

Pandai Berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai elaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih
menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenakalelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

Pandai Bergaul Dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada dibandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati Dan Prihatin

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.

Semoga apa yang telah di jelaskan di atas tadi boleh menjadi pedoman kepada kaum wanita. Dan bagi kaum lelaki ia boleh di jadikan ukuran untuk memilih pasangan hidup mereka.

Khamis, 2009 November 26

Al-Quran Ada Daya Tarikan Ajaib

Mengapa Saya Masuk Islam


Tinggi lampai, berambut perang dengan mata yang hijau, Abdurraheem Green (sebelum ini dikenali sebagai Anthony Green) yang berusia 33 tahun itu kelihatan saling tak tumpah seorang watak filem Hollywood, Ben Hur.

Pemuda bangsa Inggeris yang dilahirkan di Tanzania ini telah memeluk Islam pada tahun 1988. Sejak tarikh itu, dia menjadi seorang pendakwah di Britain. Cintanya terhadap Islam mula berputik sewaktu di Mesir. Di sinilah dia banyak menghabiskan waktu cutinya.

Ikuti cerita pengalamannya sebagai Muslim.

Saya dilahirkan daripada ibu dan bapa yang berbangsa British di Tanzania pada tahun 1964. +Saya bersekolah di sebuah Sekolah Agama Roman Katolik yang dipanggil Kolej Ampleforth dan seterusnya melanjutkan pelajaran hingga ke Universiti London dalam bidang sejarah. Walau bagaimanapun, saya tidak menghabiskan pengajian saya itu.

Sekarang saya bekerja dengan sebuah syarikat media Islam yang berpusat di England serta melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti dakwah termasuk memberikan ceramah-ceramah mengenai Islam di Taman Hyde yang cukup terkenal di London.

Saya tidak menghabiskan pengajian di Universiti London kerana begitu keliru dengan sistem pendidikan British. Ia terlalu mengagungkan Eropah dan menggambarkan bahawa tamadun manusia mencapai kegemilangannya yang tertinggi di Eropah.

Pada hal setelah berpeluang tinggal di Mesir dan melihat sendiri kesan peninggalan sejarah yang selalunya hanya ahli-ahli sejarah yang dibenarkan melihatnya, saya dapati telahan atau tafsiran sejarah yang diberikan oleh Barat sangat jauh daripada hakikat sebenarnya.

Saya pun mula mengkaji sejarah bangsa-bangsa lain di seluruh dunia secara sendirian, begitu juga falsafah dan ajaran agama-agama lain di dunia ini. Saya mengamalkan ajaran Buddha selama hampir tiga tahun walaupun tidak pernah menganut agama itu secara rasmi.

Apabila mula mengkaji tentang al-Quran, ia benar-benar ada satu daya tarikan terhadap saya. Mesej atau ayat-ayatnya mempunyai satu tarikan ajaib dan saya menjadi yakin bahawa ayat-ayat al-Quran itu ialah wahyu yang memimpin saya. Saya tidak tahu apa yang menyebabkan saya layak mendapatkan Islam.

Saya mula berasa kurang puas hati dengan agama Kristian sejak berusia lapan tahun lagi. Konsep yang diajarkan kepada kami sejak kecil seperti `Hail Mary!' langsung tidak boleh saya terima. Walaupun mereka, orang Kristian menggambarkan Tuhan sebagai zat yang tidak akan mati, mereka tidak pula merasakan sebarang penyesalan atau kesalahan dengan mengatakan bahawa Tuhan telah dilahirkan dari rahim seorang wanita bernama Mary. Ini membuatkan saya berfikir bahawa tentulah Mary ini lebih hebat daripada Tuhan.

Kedua, konsep triniti agama Kristian membingungkan saya. Konsep ini yang diibaratkan seperti sehelai daun pokok maple Kanada yang bercabang tiga, tetapi hakikatnya ialah satu sahaja. Pada saya, tidak sesuai untuk digunakan sama sekali.

Titik tolaknya bermula apabila seorang rakyat Mesir mula menanyakan soalan-soalan kepada saya. Walaupun saya sendiri agak keliru dengan kepercayaan Kristian, saya tidak mahu mengalah sama sekali.

Begitulah sikap orang Kristian berbangsa Inggeris yang agak hidung tinggi. Saya menjadi semakin keliru lagi apabila hujah-hujahnya membuatkan saya terpaksa menerima bahawa tuhan telah mati disalib.

Ia benar-benar mendedahkan kepincangan ataupun kedangkalan ajaran Kristian tentang sifat tuhan yang infinit dan kekal untuk selama-lamanya. Saya mula sedar bahawa apa yang saya yakini sejak kecil hinggalah dewasa ini, iaitu satu konsep yang tidak munasabah sama sekali, seperti mana tidak munasabahnya dua campur dua itu ialah lima.

Saya selalu tidak dapat menerima kehidupan Barat yang seperti sudah terprogram dan seolah-olah telah ditetapkan. Saya mula bertanya adakah seseorang itu harus hidup hanya untuk memenuhi agenda-agenda yang sudah ditetapkan dengan ketat?

Saya dapati orang Barat terpaksa berhempas pulas untuk menikmati keseronokan dalam hidup. Tidak ada matlamat yang lebih tinggi dalam hidup mereka.

Kemampuan Barat untuk brainwash orang-orangnya menjadi jelas kepada saya apabila saya membincangkan tentang Palestin dengan orang-orang Mesir dan Palestin sendiri.

Beberapa kisah dongeng atau mitos bertema politik, sejarah dan ekonomi telah direka-reka oleh pihak Zionis dan diketengahkan oleh media Barat tanpa mendapat sebarang cabaran atau tentangan.

Bagaimanakah sekeping tanah yang telah ditinggalkan oleh orang Yahudi 2000 tahun dahulu kini menjadi tanah air mereka pula? Saya juga dapat tahu bahawa orang Yahudi yang ada sekarang berasal dari golongan hamba, dan bukan orang Semit.

Bumi Palestin memang sejak dahulu merupakan bumi hijau yang subur. Israel telah mereka-reka kisah dongeng `penukaran gurun kepada sebuah bumi hijau'.

Sikap hipokrit dan bermuka-muka Amerika mula terserlah kepada saya apabila saya mempelajari tentang peranan Amerika Syarikat dalam menaikkan dan mengekalkan pemerintah-pemerintah yang zalim di Amerika Latin sewaktu mereka sibuk membelasah blok Soviet.

Apakah perbezaan yang dapat kita lihat dalam kehidupan orang Mesir dengan British?
Orang Mesir rata-ratanya hidup miskin, mengalami banyak kesusahan, tetapi mereka gembira. Mereka menyerahkan segala-galanya di tangan Allah dan melupakan segala kesedihan apabila pulang ke rumah.

Sembahyang membantu mereka meletakkan Allah lebih besar daripada masalah-masalah mereka. Saya juga dapat memerhatikan bahawa sembahyang yang dilakukan mereka ini memaparkan sifat rendah diri serta dapat mewujudkan hubungan yang intim dengan Tuhan.

Tetapi di England, saya dapati orang-orangnya begitu kosong dan materialistik. Mereka cuba mendapat kebahagiaan tetapi kebahagiaan mereka hanyalah berbentuk luaran sahaja. Sembahyang mereka hanya terdiri daripada lagu-lagu, tarian dan bertepuk tangan, tiada sifat rendah diri atau hubungan yang rapat dengan tuhan.

Saya sedar bahawa pendapat popular di Barat sudah sepenuhnya ditawan oleh media yang dikawal oleh pihak Zionis. Persoalan Palestin ialah salah satu daripadanya.

Perbualan saya dengan orang-orang Palestin mendedahkan bagaimana Barat telah mempercayai mitos atau dongengan rekaan Israel. Dongengan yang paling besar sekali ialah orang Yahudi mempunyai hak untuk kembali ke tanah air asal mereka di Israel. Yang kedua, mereka begitu mudah mendakwa diri mereka daripada keturunan Semit, walhal hakikat sebenarnya kebanyakan orang Yahudi di dunia ini adalah bekas hamba abdi yang telah memeluk agama Yahudi.

Yang ketiga, keajaiban ekonomi Israel diteorikan untuk mencipta satu mitos ekonomi dan sains. Sebelum ini, saya tidak pernah mengetahui pandangan orang Palestin tentang isu ini. Saya kini yakin bahawa orang-orang Barat telah di`brainwash' oleh media Zionis.

Saya dapati bahawa taktik Amerika Syarikat ialah untuk membuat segala helah bagi menghukum negara-negara yang terlibat dalam soal-soal remah berkenaan pencabulan hak asasi manusia di dunia ketiga tetapi mereka sendiri menghantar pasukan maut untuk menjatuhkan pemimpin mereka yang tidak mahu mengikut cara Amerika Syarikat. Sikap hipokrit seperti ini tidak pernah dikritik di dalam media Amerika Syarikat.

Dunia Barat mementingkan hak individu atau keindividuan seseorang. Ini tidak selari dengan Islam. Mana-mana Muslim yang jujur akan rasa terganggu. Dia sering diganggu dengan unsur-unsur seks. Kebanyakan anak gadis hilang kegadisan mereka pada umur 13 tahun dan adalah biasa bagi seorang anak gadis memiliki tiga atau empat teman lelaki.

Dilema yang dihadapi oleh orang Islam di Barat ialah bagaimana untuk benar-benar terlibat dalam sebuah masyarakat yang penuh dengan unsur seks, dadah dan minuman keras. Dan kalau mereka tidak bercampur, bagaimana untuk mengelakkan diri daripada dilabel `orang asing'.

Kerja-kerja dakwah sedang berkembang pada kadar yang agak tetap. Saudara-saudara baru seringkali begitu bersemangat. Mereka tahu betapa gelapnya hidup bagi orang biasa.


(DENGAN KERJASAMA DAN IZIN PERNIAGAAN JAHABERSA)

Jumaat, 2009 Oktober 30

Apa Itu Valentine Day?

Sekuntum Mawar Merah Sempena Valentine Day

"Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"(maksud hadis) Nabi Muhammad s.a.w. merupakan Rasulullah yang bertanggungjawab menyebar Islam kepada umatnya setelah melalui pelbagai keperitan dan kejerihan. Paderi St. Valentino merupakan seorang paderi utama yang hidup pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang terpenting yang menjatuhkan dan menzalimi umat Islam Cordovo, Sepanyol pada zaman lampau.

Rasulullah lahir pada 12 Rabiul Awal manakala tarikh kejayaan St. Valentino dan konco-konconya menawan Cordova daripada umat Islam ialah pada 14 Februari. Tetapi apa yang peliknya terutama dikalangan umat Islam sendiri, tarikh 14 Februari lebih senang diingati berbandung 12 Rabiul Awal itu sendiri. Setiap tahun 14 Februari diingati sebagai Hari Kekasih yang dikalangan umat Islam amat rugi jika dilupakan. Hari ini ia sekali disambut lagi dengan pelbagai cara yang dianggap oleh pasangan kekasih paling istimewa. Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros, mengadakan jamuan makan malam yang disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga dan sebagainya.

Ada pula yang berpendapat, Hari Memperingati Kekasih juga adalah untuk mengingati orang lain yang dikasihi selain daripada kekasih seperti ibu bapa dan sebagainya. Malah ada juga media elektronik yang mewujudkan satu program hiburan sempena Hari Valentines. Siapa sebenarnya orang yang bernama Valentines ini sehingga diangkat begitu agung sekali dan dikalangan umat Islam sendiri popularitinya melebihi Rasulullah? Pensyarah Perbandingan Agama, Akademi Islam , Universiti Malaya, Khadijah Mohd. Hambali berkata , Valentine atau nama sebenarnya St. Valentino merupakan seorang pederi yang paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol.

Kedudukannya dikatakan di tempat ke dua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentines yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk dikalangan umat Islam sendiri mempunyi dua versi.

Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Raru Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Jesteru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum disamping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekaligus mengenangnya sebagai memperingati St, Valentino sebagai rakyat Cordova. Sehingga ke hari ini, peristiwa kemenangan St. Valentino tersebut terus diingati dan rakyat Cordova mengingatinya semula dengan melakonkan semula kejayaan tentera Ratu Isabella itu.

Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana berlainan agama, St, Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatin kepada kekasih ke dua. Apabila ditanya Ratu Isabella apakan bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St, Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu. Ini terus menimbulkan kegemparam dikalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan sementelahan lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas memenjarakan paderinya itu buat sementara waktu. Begitupun, baginda tetap mahu mencuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati kekasih yang ditujukan khas untuk St. Valentino.

Berdasarkan kedua-dua versi itu, apakah asas yang kukuh sehingga umat Islam sendiri menganggap Hari Valentines itu istimewa. Ataupun mereka hanya mengikut budaya barat secara membuta tuli, sedangkan tidak mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu. Jika pun ingin mengingati kekasih atau orang-orang yang dikasihi atau orang-orang yang disayangi yang lain, tidak semestinya disambut pada setiap 14 Februari. Sambutan boleh juga dijalankan pada setiap kali tibanya hari kelahiran orang -orang yang disayangi melalui acara-acara yang lebih diredhoi seperti mengadakan keduri doa selamat ataui sebagainya. Rasulullah sepatutnya lebih diingati setiap tahun kerana Baginda adalah manusia yang paling mencintai umatnya.

Di harap para pemuda-pemudi kita boleh memahami perkara ini dengan lebih jelas dan mengelakkan diri dari menyambut hari valentine. Harus difahami hari valentine bukanlah budaya dari kita yang menganuti agama islam. Kepada ibubapa haruslah peka akan situasi ini dan menasihati anak-anak remaja mereka dari terjebak kedalam situasi yang tidak membawa faedah serta boleh memesongkan akidah seorang islam.