Wellcome To Kg. Paris Kinabatangan Sabah Malaysia. Hope Enjoy Your Stay Here, "Sabah Land Below The Wind"

Sabtu, 23 Oktober 2010

Penaung Islamic Fashion Festival Wajip Mohon Maaf Kepada Umat Islam

Dalam islam bukan perempuan tak boleh jadi pemimpin. Tapi kalau dia melebihi kaum lelaki terutama dalam soal agama maka apa yang tak seharusnya terjadi akan berlaku juga.

Apakah kriteria yang ada pada isteri Datuk Najib sehingga dia boleh terpilih sebagai penaung Islamic Fashion Festival. Cukupkah pendidikan dia dalam soal agama serta sejauh mana kefahaman dia tentang hukum-hakam agama islam.





Malaysia sejak zaman Tun Mahathir amat di kenali di serata dunia sebagai sebuah negara islam contoh. Tapi apa yang terjadi di Monte Carlo pada bulan Ogos 2010. Malaysia yang di anggap negara contoh bukan sahaja oleh negara barat tapi negara islam yang lain telah memberi malu bahkan menghina peradaban islam yang maha suci. Ini semua angkara Datin Rosmah Mansor iaitu isteri kepada PM kita sekarang. Ini kerana beliaulah yang bertanggungjawab sepenuhnya diatas perlaksanaan Islamic Fashion Festival (IFF) di Monte Carlo.

Sungguh amat memalukan bagi seluruh umat islam sejagad. Kita tahu dalam islam tiada perkara seperti ini yang di benarkan. Apakah Datin Rosmah Mansor inginkan nama sehingga sanggup menggadaikan maruah agama maruah negara.

Dan seharusnya sebagai seorang isteri perdana menteri malaysia dia wajib memohon maaf secara terbuka dan live bukan sahaja kepada rakyat malaysia tetapi kepada seluruh umat islam di dunia ini.

Ingatlah apa yang Datin Rosmah Mansor lakukan sedikit sebanyak akan mencalarkan kewibawaan PM kita. Ini kerana orang ramai pasti akan menganggap PM kita tidak dapat mengawal pergerakkan isterinya yang suatu hari nanti jika berterusan pastinya akan membawa kehancuran kepada dirinya sendiri.

Ingatlah satu perkara, Datin Rosmah bukan seorang pemimpin. Dan ingatlah sejarah dunia membuktikan berapa ramai pemimpin dunia yang tewas kerana perempuan.

5 comments:

Afiq Din berkata...

sedih org islam sendiri yg memesongkan islam..

FarHa berkata...

Salammm...

Heemm kalau kite bersuara kate kite melawan kerajaan..itu yg wat sy sangat sakit hati bile die join festival bangang tu..tak leh fikir ke ...di mana Islamnye festival tu??

Tak fikir ke yg sekrg golongan YAHUDI dah bersork menang?? Sy rasa nak g tampar2 je..,nak g tarik2 je rambut die, dah laa diri sendiri tak menjaga aurat...adoiii....

opss maaf teremosi plak hehehe

Mardhiah berkata...

Salam ziarah.. saja nak berkongsi + bertanya pendapat juga. Mj bukan dari mana2 pihak politik, underage lagi =P

Tapi just confuse, sebab si rosmah tu mungkin tak tahu jenis2 pakaian yang bakal di tunjukkan. Pakaian tu designer dari luar, pulak, maybe si rosmah tu x diberi peluang untuk melihat setiap inci pakaian tu. So, terjadilah perkara sebegini. So, nak salahkah rosmah je, xleh. Designer pon patut, penganjur pon patut, model pon patut. Semua yg involve patut disalahkan.

Dan seperkara lagi, mj sangat suka kita korek dalam2 kes ni. Betoi ka rosmah x tgk lagi design2, or etc. Sikap ingin tahu sangat berleluasa.. hehe...Maaf semakkan comment wall je.. =)

+akufobia+ berkata...

boo rosmah.

kgparis berkata...

mardiah@ sebagai penaung dia harus lebih bertanggungjawab keatas apa yang berlaku. sebagai seorang isteri pemimpin negara dia harus lebih berhati-hati kalau nak jadi penaung mana-mana pertubuhan. nak jadi penaung bukanlah semudah yang di fikirkan terutama bila kita lihat kedudukan suami dia. jadi kalau dia seorang yang bertanggungjawab dia tak boleh lepas tangan diatas apa yang telah berlaku.

dia tak ingat yang dia telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan maruah islam di mata dunia.

jadi apa pun alasan dia, dia tak boleh lari dari hakikat yang dia terlibat sama dan sebagai penaung seharusnya dia memohon maaf.