Inilah apa bila di katakan guru kencing berdiri murid kencing berlari. Tak heran kalau pihak Indonesia tidak dapat mengawal rakyatnya sendiri. Macamana mereka nak kawal kalau pihak tertentu yang harus memberi teladan yang baik tapi mengeruhkan lagi situasi antara dua negara.
Macamana nak kawal kalau pegawai polis mereka sendiri terlibat mengeruhkan keadaan. Apakah patut pegawai polis berpangkat tinggi tanpa usul periksa atau mempunyai bukti yang kukuh boleh melemparkan tuduhan yang melulu terhadap Malaysia. Memang betul sungguh rendah moral serta etika pegawai polis di Indonesia.
Semalam Polis Republik Indonesia (POLDA KEPRI) di daerah Kepulauan Riau telah membuat satu kenyataan dengan mengatakan Malaysia negara terbesar pengeluar Syabu di dunia.
Kenyataan yang telah dibuat oleh seorang pegawai polis berpangkat Komisioner dan telah diterbitkan di dalam akhbar Padang Today. Menurut mereka sembilan dari sepuluh suspek yang ditahan membawa Syabu adalah warga Malaysia. Apakah pegawai polis ini mempunyai bukti yang kukuh untuk memperkuatkan dakwannya atau ada motif disebaliknya? Yang heran kenapa dia tak mengatakan rakyat Indonesia adalah penyumbang jenayah paling banyak di Malaysia.
Sehubungan dengan itu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman menyangkal sekeras-kerasnya kenyataan polis Indonesia tersebut. Menurut pemangku Pengarahnya Datuk Othman Harun mereka polis Indonesia bukanya badan yang layak unutk membuat kenyatan sebegitu rupa kerana hanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Jenayah dan Dadah yang boleh mengeluarkan kenyataan tersebut.
Menurut beliau lagi tuduhan polis tersebut tidak berasas kerana masalah pengedaran Syabu berlaku di seluruh dunia bukan di negara kita semata-mata.
Jadi kita akan tunggu apa tindakan pihak Indonesia terhadap pegawai polis bodoh ini yang membuat kenyataan yang akan menyemarakan lagi api kemarahan rakyat kedua belah negara. Harap-harap Indonesia adalah sebuah negara yang bebas dadah...jadi suka-suka dia membuat tuduhan.
Ahad, 5 September 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan