Wellcome To Kg. Paris Kinabatangan Sabah Malaysia. Hope Enjoy Your Stay Here, "Sabah Land Below The Wind"

Sabtu, 2 Mei 2009

Kampung Paris - "ISA harus dihapuskan, ISA melanggar hak asasi manusia"

ISA - Keperluannya Kepada Negara


"ISA harus dihapuskan, ISA melanggar hak asasi manusia", itulah kata-kata yang keluar dari individu atau kumpulan bukan kerajaan. Negara-negara barat terutama Amerika juga membuat tuntutan yang sama. Malahan Suhakam sendiri secara tidak langsung menyuarakan pendapatnya tentang ISA.


(The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) has recently recommended that the ISA be repealed and replaced by new comprehensive legislation that, while taking a tough stand on threats to national security (including terrorism), does not violate basic human rights.)

ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri dan lebih dikenali dengan nama Internal Security Act pada awalnya diujudkan pada tahun 1948 oleh pihak British. Dinamakan The Emergency Regulations Ordinance 1948, dengan tujuan untuk
mengekang penentangan Parti Komunis Malaya.

Setelah mencapai kemerdekaan pada 1957, dan tamatnya penentangan Parti Komunis Malaya pada tahun 1960, memandangkan perlunya satu mekanisma sebagai benteng keselamatan negara, kerajaan Malaysia telah meluluskan Akta Keselamatan Dalam Negeri dibawah Artikel 149, Perlembagaan Malaysia.

Negara Malaysia adalah sebuah negara kecil yang berbilang bangsa dan agama. Untuk menyatukan semua bangsa dan menjadikan Malaysia aman hingga sekarang bukanlah suatu perkara mudah.

Kejadian-kejadian rusuhan kaum di negara luar. Berapa banyak hartabenda dan nyawa terkorban. Ini semua kerana kurangnya persefahaman diantara kaum serta tiada mekansima yang boleh membendung kejadian tersebut.

Malaysia sendiri pernah mengalami nasib yang sama. Kes rusuhan kaum tahun 1969, tak mungkin dapat dilupakan oleh rakyat Malaysia hingga sekarang. Suara - suara extreme dari satu-satu kaum keatas satu kaum lain adalah penyumbang utama hingga terjadinya titik hitam ini.

Suara-suara individu atau kumpulan yang boleh membawa kesan buruk terhadap kestabilan negara perlu ditangani dengan segera. Kepentingan lebih 20 juta rakyat Malaysia harus diutamakan. Disinilah letaknya peranan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Amerika Syarikat, sebuah negara besar yang begitu angkuh, melaungkan dirinya raja demokrasi dunia, pernah mengutuk Malaysia. Negara-negara barat mendesak Malaysia memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Mungkin anda semua masih ingat ketika Anwar Ibrahim ditahan.

Tapi bila mereka sendiri terkena, jadilah mereka seperti seekor binatang buas menerkam mangsa tanpa belas kesian. Lihat saja para banduan dipenjara Guatanamo, bagaimana mereka diseksa, anda sendiri pernah lihat dikaca t.v. Adakah anda pernah lihat tahanan ISA diperlakuan seperti itu di Malaysia.

Jadi apa perlunya kita harus dengar suara mereka terutama Amerika Syarikat, yang terang-terangan mengamalkan double standard.

Kepentingan sesuatu undang - undang untuk sesuatu negara tidak seharusnya merujuk kepada negara lain. Mungkin undang-undang mereka sesuai untuk mereka dan begitu juga sebaliknya.

Yang pentingnya bagi Malaysia ialah cara pelaksanaan ISA itu sendiri. Keperluannya sebagai sebuah mekanisma untuk menstabilkan negara yang berbilang kaum dan agama.

Apakah ia perlu di hapuskan? Adakah undang - undang yang lebih mampan dari ISA yang mampu menjaga keharmonian 27 juta rakyat Malaysia. Tapi harus di ingat, negara seperti Amerika, yang memperjuangkan hak asasi manusia juga tidak terlepas dari mengamalkan undang -undang seakan ISA.

Seperti yang telah saya katakan tadi, kenapa harus takut kepada ISA? ISA bukan hantu, tidak pernah ganggu rakyat. Yang takut hanya mereka yang tahu dirinya bersalah, takut kepada bayang-bayang sendiri. Mereka mahu ISA dihapuskan, kerena mereka punyai agenda tersendiri, terutama mereka yang pro barat.

Apakah mereka sangka orang-orang barat mampu menstabilkan Malasia lebih dari yang sedia ada. Apakah mereka-mereka ini sudah tidak punya mata, tidak punya telinga. Dimanakah naluri sifat kepimpinan. Apakah kebebasan muthlak lebih baik dari keharmonian sesebuah negara.

ISA tidak pernah mencacatkan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi. Kenapa harus ada suara - suara sumbang dari rakyat. Mungkin mereka telah dipengaruhi idelogi luar?

Bagi saya, mereka ini lebih merbahaya dari ISA itu sendiri. Mereka inilah yang bakal mengugat ketenteraman awam. Mereka ini ibarat api dalam sekam.



--------------Negara Aman Rakyat Makmur------------

Mukadimah:

Untuk mengelak kenyataan berat-sebelah atau prejudice terhadap tulisan ini.

Penulis tidak terikat kepada mana-mana badan kerajaan, swasta atau politik.
Penulis pernah menyertai UMNO. Kemudian keluar menyertai PBS (Parti Persatu Sabah), waktu itu PBS adalah parti pembangkang. Setelah PBS menyertai BN penulis tidak lagi melibatkan diri dengan mana-mana parti politik.

Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis sebagai seorang rakyat Malaysia. Tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak tertentu. Bagi penulis, kesetiaan kepada negara lebih utama dari yang lain.

0 comments: