Wellcome To Kg. Paris Kinabatangan Sabah Malaysia. Hope Enjoy Your Stay Here, "Sabah Land Below The Wind"

Jumaat, 24 April 2009

Di mana kesetiaan mereka ?

Sejak akhir-akhir ini kita selalu dihangatkan tentang manusia-manusia yang tak tahu diri, dimana dia cari makan untuk anak istrinya, negara mana dia tinggal, tapi masih mahu menghina raja-raja sendiri.

Cerita Si Singh yang menderhaka kepada raja sendiri masih hangat lagi. Saya tak kisahlah dia, dia orang bengali mana tahu adat-adat Kesultanan Melayu. Lagipun mana ada masa untuk dia belajar, dia asyik sibuk dengan parti pembangkangnya.

Yang heran kenapa harus dia tinggal lagi disitu. Kalau sudah menderhaka kepada raja sendiri, lebih baik pergi balik tempat asal-usul di India sana. Nak tonggang tebalik dia punya sukalah.

Tapi...Kenapa ada segilintir mereka ini yang mengaku dirinya bangsa melayu(memang orang melayu bodoh) sanggup melakukan perkara sebodoh itu.

Apakah mereka sudah lupa teras kekuatan bangsa melayu terletak kepada rajanya. Ingatlah satu perkara, jangan Tanah Melayu jatuh ketangan orang, jangan Bangsa Melayu mengemis di tempat sendiri. Jangan jadi seperti Si Kaduk," menang sorak, kampung tergadai".

Jangan terlalu ghairah dengan idelogi luar. Kalau sudah belajar tinggi-tinggi dinegara orang, sepatutnya tahu sudah membezakan mana yang baik mana yang buruk. Orang luar memang suka kalau bangsa melayu berpecah. Itulah rancangan mereka, tapi kita tak sedar.

Jangan kita pergi terlalu jauh, cuba pandang kebelakang, semaklah sejarah semula. Apa sudah jadi kepada bangsa kita di negara jiran. Apakah saudara-saudara mahu melihat anakcucu kita, generasi kita yang akan datang jadi seperti mereka?

Nasihat saya, sebelum terlambat ubahlah sikap. Tunjukkan tauladan yang baik kepada generasi muda. Mereka adalah tonggak yang bakal mengalas tanggunjawab negara .

Jangan lupa isu akan datang - ISA (Internal Security Act) - Apakah itu ISA - Apakah keperluannya kepada negara - Apakah perlu dikekalkan atau tidak.

0 comments: