Wellcome To Kg. Paris Kinabatangan Sabah Malaysia. Hope Enjoy Your Stay Here, "Sabah Land Below The Wind"

Isnin, 11 Mei 2009

Kembalikan Hukuman Rotan

Kembalikan Hukuman Rotan


Mengulas tulisan Jaafar Ahmad bertarikh: 09/05/2009

Kenapa harus sekarang baru sedar? Kenapa dulu bila hukuman rotan dihapuskan di sekolah tak pula terfikir akan banyak masalah yang timbul. Jadi ini buatlah pengajaran kepada mereka yang pandai.Sebelum maju kedepan, tengoklah belakang dulu.

Apa nak pikir-pikir, nak tanya peguam negara lagi, dia dulu pun sekolah juga. Tahulah dia kenapa budak sekolah sekarang banyak yang biadap. Jangan jauh-jauh, tempat saya banyak yang samseng. Guru mana nak marah? Guru sekarang mana peduli, dia tahu ajar, masuk tak masuk budak punya hal lah. Nak lebih-lebih nanti kalau bukan murid yang pukul emak-bapa pula saman.

Kalau susah-susah sangat sumbat saja dalam penjara. Jangan fikir dia orang masih budak, bebas dari undang-undang. Ataupun buat satu undang-undang, mana-mana pelajar yang terlibat dalam kes belasah atau serangan hingga menyebabkan kecederaan, orangtua mereka harus dipertanggung-jawabkan dan diwajibkan membayar gantirugi kepada mangsa.

Bagi saya semua kesalahan wajib dirotan. Ada sesuatu perkara itu buruk dipandang mata, tapi jika boleh membawa kebaikkan tak mustahil untuk dilaksanakan. Tapi terpulanglah kepada ibubapa, mendidik anak-anak bukan tanggungjawab kerajaan atau guru sekolah, semuanya bermula dari rumah.

0 comments: