Wellcome To Kg. Paris Kinabatangan Sabah Malaysia. Hope Enjoy Your Stay Here, "Sabah Land Below The Wind"

Isnin, 6 April 2009

Kampung Paris - Pembahagian Wang KWAPM

Seramai 45 orang pelajar tahun 2 yang layak telah menerima bantuan wang KWAPM berjumlah RM 700.00 seorang. Wang bantuan tersebut diserahkan kepada ibubapa pelajar masing-masing di Sekolah Kebangsaan Paris 3.
Para ibubapa dinasihatkan mengunakan wang bantuan tersebut untuk kepentingan anak mereka. Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan bebanan para ibubapa dan dapat meningkatkan prestasi pelajaran anak masing-masing.
Mereka juga disaran agar dapat membuka akaun di bank CIMB bagi anak mereka. Dengan ini akan memudahkan pihak sekolah memasukkan langsung bantuan KWAPM keakaun pelajar yang layak tahun depan.

0 comments: