Wellcome To Kg. Paris Kinabatangan Sabah Malaysia. Hope Enjoy Your Stay Here, "Sabah Land Below The Wind"

Sabtu, 11 Disember 2010

6 Sebab Suka Mengumpat

Menurut Imam al-Ghazali, ada 6 sebab seseorang itu suka mengumpat, iaitu:


01. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam.

02. Suka mendengar dan mengikut perbualan teman yang menyerang peribadi dan kehormatan orang lain.

03. Mahu bersaing dan menonjol diri dengan menganggap orang lain bodoh.

04. Disebabkan dengki, dia berasa iri dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya.

05. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan sesuatu mengenai kelemahan dan kecacatan orang lain.

06. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain. Imam al - Ghazali selanjutnya menyarankan lima perkara untuk menghentikan sikap suka mengumpat iaitu :


a) Mesti sedar dan insaf bahawa mengumpat itu berdosa.

b) Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri seperti sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Syurga adalah bagi orang yang membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang lain".

c) berasa malu terutama apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan orang lain seolah-olah mencela Tuhan yang menciptakannya.

d) Hendaklah insaf dan sedar sebagaimana dia berasa tersinggung dan sakit hati apabila perlakuannya dan peribadinya dijadikan bahan umpatan.

e) Menguatkan iman kerana secara tidak langsung akan mengelakkan lidah daripada suka mengumpat.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

minta izin copy n share ye