Wellcome To Kg. Paris Kinabatangan Sabah Malaysia. Hope Enjoy Your Stay Here, "Sabah Land Below The Wind"

Isnin, 13 September 2010

Peguam Terlibat Dalam Pembunuh Datuk Sosilawaty

Lapan orang India telah di kenal pasti terlibat di dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawaty. Diberitakan arahan pembunuhan itu dikeluarkan oleh seorang peguam yang bergelar Datuk dan adik beliau yang juga seorang peguam. Manakala 6 pemuda yang membunuh itu berkerja diladang tersebut sebagai gembala lembu dan kambing. Sebelum itu mereka juga telah terlibat dalam 4 pembunuhan yang menggunakan modus operandi yang sama tetapi tidak dapat dikesan

Sehubungan dengan itu polis telah menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata kesemua suspek dipercayai terlibat membunuh mangsa sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebuah anak sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Beliau berkata hasil penyiasatan polis, mereka mengaku bertanggungjawab dalam membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit itu seluas 1.6 hektar, sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa.

Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Dalam sidang media tersebut, Mohd Bakri berkata suspek juga membuat pengakuan bahawa mereka terlibat dalam beberapa kejadian serupa.

"Mereka mengaku ada menggunakan modus operandi yang serupa dan kami kini menyiasat sekurang-kurangnya kehilangan empat orang yang dilaporkan sejak setahun yang lalu," jelas beliau.


Nama Peguam Yang Terlibat Dalam Pembunuhan Datuk Sosilawaty Dan 3 Yang Lain


MR PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN
(NRIC NO : 690211-10-5525)

MR SURENDREN A/L NALLIANNEN
(NRIC NO : 720801-10-5773)


M/s Pathma Nalli & Partners
No. 198, Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting
Selangor



0 comments: