Wellcome To Kg. Paris Kinabatangan Sabah Malaysia. Hope Enjoy Your Stay Here, "Sabah Land Below The Wind"

Selasa, 14 September 2010

Media Jangan Buat Laporan Melampau

Media hari ini diingatkan supaya mengamalkan kekangan dan lebih berhemat serta tidak melampaui batas hingga menggugat keadilan ketika melaporkan siasatan mengenai kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dalam satu kenyataan melahirkan “pandangan berat mengenai laporan sedemikian”, terutama oleh akhbar arus perdana.

"Adalah dikesalkan, sesetengah ”pendedahan” ini, khususnya butiran tentang bagaimana mangsa menemui ajal mereka, semata-mata spekulasi,” kata beliau.

Beliau berkata, pengamal media harus ingat tentang tanggungjawab mereka. "Tidak harus wujud perbicaraan menerusi media terhadap mereka yang ditangkap.

Dengan menyebut sumber polis bagi bahan berita mereka, juga tidak akan membantu. "Malah, pemberita dan editor mungkin dipanggil untuk memberi penjelasan, atau menyatakan kewajaran berita mereka di mahkamah undang-undang nanti,” kata Mohd Bakri.

"Begitu juga, mereka tidak harus menyiarkan sesuatu, yang kemudian boleh digunakan sebagai bukti, jika berlaku perbicaraan terhadap orang atau orang-orang yang bertanggungjawab terhadap kematian Datuk Sosilawati dan tiga yang lain itu.

"Saya akui, ini kes kepentingan awam. Datuk Sosilawati adalah seorang usahawan wanita yang berjaya. Orang ramai berhak tahu apa yang telah berlaku kepada mereka dan apa yang telah dilakukan oleh polis untuk membawa pelaku kesalahan ke muka pengadilan.

"Kami tidak mempunyai masalah dengan media menyiarkan berita oleh kerana itu adalah bidang mereka, tetapi saya ingin mengingatkan mereka agar mengamalkan kekangan dan lebih berhemat serta tidak melampaui batas hingga menggugat keadilan,” kata beliau. - Bernama

0 comments: