Wellcome To Kg. Paris Kinabatangan Sabah Malaysia. Hope Enjoy Your Stay Here, "Sabah Land Below The Wind"

Khamis, 16 September 2010

Bayar Dulu Duit Hantaran Kahwin Saya

Sudah mempunyai 3 orang anak dan kini telah bercerai. Duit hantaran sewaktu kahwin dulu belum lagi langsai hingga kini. Pengakuan menggemparkan Abby atau nama sebenarnya, Arbaeyah Abdul Manan itu dibuat kepada Rap, baru-baru ini.

"Sepatutnya Norman Hakim jelaskan dulu hutang wang hantaran kahwin saya sebanyak RM11,111.11 dan kemudian barulah dia beri pula wang hantaran baru kepada orang lain," pinta Abby Abadi, 32, kepada bekas suaminya, Norman Hakim, 34, yang dijadualkan bertunang dengan Memey Suhaiza Suhaimi, 22, pada raya keempat kali ini.



Kata Abby, dia tiada hak untuk menghalang Norman bertunang atau berkahwin lagi tetapi meminta agar diselesaikan dulu hutang wang hantarannya lapan tahun lalu (mereka menikah pada 8 Januari 2002) dan apa yang sewajarnya dilakukan sebagai seorang ayah kepada tiga anak mereka, Mohamed Danish Hakim, 7, Marissa Dania Hakim, 5 dan Maria Danisha Hakim, 2.

"Saya bersyukur dengan kehidupan saya dan apa yang baik untuk Norman. Saya tak kisah pun kalau mereka nak berkahwin tapi masalahnya sekarang sebelum dia sediakan wang hantaran baru, dia perlulah bayar hantaran saya dulu. Wang itu boleh juga saya gunakan untuk perbelanjaan anak-anak kami."

"Mereka semakin besar dan perlukan perbelanjaan yang banyak. Selama ini apa yang Norman buat tak seperti yang diucapkannya. Sejak dulu saya menanggung semuanya. Sekarang pun dia masih tak menanggung nafkah anak-anak dengan sepenuhnya. Dia cuma bagi ala kadar dan ikut suka hati."

"Sekarang saya sedang menjalani penggambaran telefilem raya, Sabar, arahan Erma Fatima. Norman berlakon sama dan kami sebagai pasangan suami isteri. Banyak jugalah babak saya dengannya. Ini kali pertama kami berlakon bersama selepas bercerai dan mungkin lakonan saya bersamanya buat kali terakhir juga."

0 comments: