Wellcome To Kg. Paris Kinabatangan Sabah Malaysia. Hope Enjoy Your Stay Here, "Sabah Land Below The Wind"

Selasa, 4 Januari 2011

Lee Chong Wei Ikut Jejak Misbun Sidek Keluar BAM

Selepas dikejutkan dengan keputusan Datuk Misbun Sidek meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan kelmarin, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima tamparan terbaru apabila anak emas jurulatih itu, Datuk Lee Chong Wei mengesahkan akan keluar daripada badan induk itu.



Misbun membuat kejutan kelmarin apabila menghantar surat peletakan kepada BAM melalui e-mel tanpa memberi sebarang alasan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek masih menunggu penjelasan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi mencari punca terhadap tindakan mengejut Datuk Misbun Sidek meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan lelaki kebangsaan.

Ahmad Shabery berkata beliau akan bertemu dengan Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh yang akan pulang ke tanah air dalam masa terdekat ini bagi mendapatkan penjelasan sebelum beliau bertemu dengan Misbun.



Chong Wei yang menjuarai sembilan kejuaraan, tahun lalu dan akan beraksi pada final Grand Prix (GP) di Taiwan, pada Rabu ini menuntut BAM menyelesaikan kemelut peletakan jawatan jurulatih itu sebelum memburu gelaran kali ketujuh di Terbuka Malaysia yang akan bermula 18 Januari ini.

Beliau berkata sebelum mengambil apa-apa tindakan, kementerian berkenaan ingin mencari punca masalah tersebut tanpa menyalahkan mana-mana pihak.

Rasa tidak puas hati terhadap pelantikan Datuk James Selvaraj sebagai Pengarah Prestasi Tinggi BAM dikatakan sebagai salah satu daripada punca utama yang menyebabkan Misbun membuat tindakan tersebut.

0 comments: