Fahamilah Erti Sebenar Wahai Umat Islam Yang Tak Pernah Ingin Bersatu Untuk Menghapuskan Regim Zionis Dari Muka Bumi Ini
"We live in the Middle East, in a place where there is no mercy for the weak and there aren't second chances for those who don't defend themselves," he was quoted by Haaretz newspaper as saying.
Kata-kata ini di ucapkan oleh menteri pertahanan Rejim Zionis Ehud Barak ketika mengulas isu Kapal Mavi Marmara.
Apa pun yang terjadi kita tak boleh salahkan sepenuhnya kepada pihak israel. Umat islam sudah maklum akan kebiadaban israel apatah lagi ia di bawah naungan AS yang jelas kita ketahui anti Islam.
Penegasan terhadap musuh-musuh Islam itu pula diselarikan dengan firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Maaidah ayat 51 :Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman setiamu, kerana mereka antara satu sama lain saling melindungi. Siapa di antara kamu yang mnjadikan mereka teman setia, maka ssungguhnya dia termasuk dalam golongan mereka. Sungguh, Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim....(Benarlah firman Allah Yang Maha Agung)
Silapnya terletak kepada umat islam itu sendiri yang tak pernah ingin bersatu untuk mengakhiri kekejaman Israel. Doa, bantuan dan penyerahan memo setiap kali rakyat palestin menerima musibah tidak memadai untuk menyelesaikan masalah mereka untuk jangka panjang.
Sudah berpuluh tahun Rejim Israel memperkosa tanah palestin, mungkin sudah sampai waktunya seluruh Negara Islam harus bersatu untuk mengahiri jenayah yang mereka lakukan di muka bumi ini.
Semoga apa yang terjadi di Bumi Palestin akan menjadi pengajaran kepada umat islam yang lain terutama kepada para pemimpin negara-negara islam agar tidak memberi sepenuhnya kepercayaan kepada mereka, negara barat.
Penyelesaian isu tanah Palestin bukan terletak secara mutlak di tangan negara barat. Para pemimpin negara islam itulah yang harus bersatu tanpa bercanggah pendapat dalam menangani isu ini.
Sudah sampai waktunya umat islam bangkit dari tidurnya, menyelesaikan masalah dalaman agar menjadi kuat semula seperti dizaman kegemilangan umat islam dulu.
Selasa, 8 Jun 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan