Wellcome To Kg. Paris Kinabatangan Sabah Malaysia. Hope Enjoy Your Stay Here, "Sabah Land Below The Wind"

Isnin, 22 Februari 2010

Pergi Jahanam Sister In Islam


Ketika dunia Islam menghadapi kemelut identiti, tindakan-tindakan berat sebelah berapa dunia barat sepatutnya NGO yang berasakan Islam harus membantu dunia Islam menerangkan serta memperjuangkan agama Islam bukannya menghina peraturan serta undang-undang yang telah ditetapkan sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W.

Mungkin dunia boleh berubah, peraturan dan undang-undang juga mengikut nasib yang sama tapi peraturan agama tidak mungkin boleh diubah mengikut sesuka hati sama halnya seperti Al Quran yang tidak pernah berubah isi kandungannya sejak lebih seribu tahun yang lalu.

Perbuatan Pengarah Eksekutif SIS, Hamidah Marican yang membuat kenyataan akbar berkata, "Memandangkan beberapa isu syariah berhubung perlaksanaan hukuman seperti kes Kartika Sari Dewi Shukarno yang masih belum selesai, tindakan kerajaan itu dipertikaikan. Dengan melaksanakan hukuman itu, secara tidak langsung, ia menggambarkan kerajaan cuba menyembunyikan layanan tidak adil dan memalukan ini daripada pengetahuan umum." katanya.

Sisters in Islam (SIS) mendakwa tindakan merotan itu mencabuli hak sama rata dan tiada diskriminasi yang dijamin oleh perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah.

"Kajian juga menunjukkan merotan bukan hukuman yang efektif bagi menjamin kesalahan jenayah seksual atau keganasan tidak akan berulang." katanya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram).

Hukuman berkenaan dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari tahun ini..

SIS menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluaraga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk segera bertindak bagi mengatasi masalah yang timbul akibat hukuman merotan itu dan juga kes Kartika.

Kerajaan juga, menurut beliau perlu mengkaji semula sebatan sebagai satu bentuk hukuman kerana ia mencabuli prinsip hak asasi manusia antarabangsa yang menganggap merotan sebagai hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan dan memalukan.

Penulis agak heran kenapa SIS membangkitkan soal ini kerana ia berkaitan dengan peraturan dan undang-undang agama Islam. Apakah SIS sebuah organisasi Islam yang arif tentang agama Islam atau pemimpinnya sendiri yang cetek pengetahuan soal agama Islam.

Apa yang penulis takutkan, SIS adalah sebuah organisasi yang bertopengkan Islam tapi sebenarnya mempunyai fahaman barat serta dipengaruhi olih pemikiran yahudi. Organisasi seperti inilah kita takutkan suatu hari nanti akan merosakan pemikiran anak-anak muda.

0 comments: