Wellcome To Kg. Paris Kinabatangan Sabah Malaysia. Hope Enjoy Your Stay Here, "Sabah Land Below The Wind"

Khamis, 25 Jun 2009

Cara Menyembuhkan Penyakit Dalam Islam

Mengelak dan Menyembuhkan
Penyakit



Penyakit adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan oleh kita sebagai insan yang bernyawa. Cara pengobatan juga berbagai cara mengikut kepercayaan masing-masing.

Dalam Islam cara pengobatan agak berbeza kerana ia lebih menjurus kepada amalan sebelum terjadinya penyakit tersebut. Dibawah ini disebutkan berapa jenis penyakit dan cara-cara untuk mengatasinya.


PENYEBAB ROSAKNYA BADAN


Perkara yang menyebabkan rosaknya badan iaitu perasaan runsing,
gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullai)


MENERANGKAN PENGLIHATAN


Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati
iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat
orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun).

Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa
alas(berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam),
banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.


PENYEBAB WAJAH BERSINAR


Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang
cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak
bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa.

Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga
maruah,jujur, dermawan dan takwa.


PERASAAN BENCI


Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki,
berdusta dan suka mengadu domba.


PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI


Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullai
(beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar
di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan
berzikir di waktu pagi dan petang.

Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu
pagi,sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.


KEFAHAMAN DAN INGATAN


Perkara yang boleh menyebabkan rusaknya ingatan dan kefahaman
iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang
kepala), hati sedih dan fikiran runsing.

Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman
iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal
makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan
kelebihan yang memberatkan badan.



Dipetik Dari Buku Cara Rasulullah S.A.W. Mengelak dan Menyembuhkan
Penyakit

0 comments: