Wellcome To Kg. Paris Kinabatangan Sabah Malaysia. Hope Enjoy Your Stay Here, "Sabah Land Below The Wind"

Isnin, 10 Januari 2011

Keputusan Akhir Juara Ajl Ke 25

Juara Ajl Ke 25
Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)


Naib Juara Ajl Ke 25
Drama King (Meet Uncle Hussain & Black/ Taja/ Tun Teja)


Tempat Ketiga Ajl Ke 25
Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam)


Vokal Terbaik
Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam)


Persembahan Terbaik Ajl Ke 25
Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)

Ahad, 9 Januari 2011

Pembelaan Dari Robengah Untuk Datuk Seri Dr Rais Yatim

Wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selama lapan tahun sehingga 2007, hari ini menafikan dakwaan bahawa dirinya pernah diperkosa oleh bekas majikannya itu.

Menurut laporan portal berita detik.com hari ini, wanita itu menafikan dakwaan tersebut ketika ditemui empat petugas Balai Pelayanan Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BP3TKI) Semarang.

Dalam pernyataan bertulis yang ditandatanganinya, pembantu rumah itu menegaskan tidak pernah terjadi cubaan gangguan seksual oleh majikannya selama beliau bekerja di Malaysia.

"Saya bekerja selama lapan tahun di rumah Datuk. Selama itu baik-baik saja, tidak pernah ada permasalahan, apalagi terkait perlakuan kasar serta tidak senonoh terhadap saya. Datuk Rais Yatim juga orang yang baik. Bahkan pemberitaan yang selama ini menyebutkan saya sudah diperkosa sama sekali tidak benar. Saya juga sering diberi wang serta oleh-oleh daripada beliau," jelas wanita warga Indonesia berusia 46 tahun itu kepada wartawan di rumahnya di sebuah perkampungan di Jawa Tengah, Jumaat.

Ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Jumhur Hidayat telah dilaporkan memberitahu detikcom mengenai pertemuan ini berdasarkan laporan empat petugas BP3TKI itu.

Sehubungan itu Jumhur menegaskan bahawa kes kononnya berlaku pemerkosaan terhadap pembantu rumah itu oleh Rais, tidak pernah terjadi.

Jumhur berkata empat petugas Balai Pelayanan Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia Semarang itu telah mengadakan pertemuan dengan pembantu rumah itu dan suaminya.

Pembantu rumah itu telah memberitahu keempat-empat petugas itu bahawa beliau bekerja di Malaysia sejak 1999-2007 di rumah Rais dan Datin Seri Masnah Rais, kemudian kembali ke kampungnya di provinsi Jawa Tengah.

“Saya juga sudah melaporkan penjelasan pembantu rumah itu kepada Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Muhaimin Iskandar,” kata Jumhur.

Jumhur meminta semua pihak agar berhati-hati dalam soal kes dakwaan kononnya berlaku pemerkosaan terhadap tenaga kerja Indonesia oleh Menteri Malaysia itu, “sebab, ini melibatkan nama baik pembantu rumah itu bersama keluarganya, yang masa ini hidup tenang dan nyaman di kampungnya”.